Saman rayuan Mahathir terhadap Najib 30 Ogos depan...MUka Tak Tahu Maluuuu

PUTRAJAYA: Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan salah guna kuasa akan didengari di Mahkamah Rayuan Putrajaya, 30 Ogos depan.

Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saaduddin diwakili oleh peguam Irliani Noor Khuszairy, manakala Najib pula oleh Nur Azira Abu Hayan.

Pada 23 Mac tahun lalu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina memfailkan saman ke atas Najib terhadap dakwaan salah laku, berkaitan dengan skandal RM2.64 juta yang dikaitkan terhadap perdana menteri itu.

Bagaimanapun Hakim Abu Bakar Jais pada 28 April lalu memutuskan saman berkenaan sebagai 'cacat' kerana Najib merupakan Perdana Menteri dan bukannya penjawat awam.

Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan bahawa Najib melakukan kesalahan itu ketika dirinya seorang perdana menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment