Saman Baru DOJ “Dakwaan Tidak Terbukti” – Setiausaha Akhbar PM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini dalam satu kenyataan, langkah penamaan tidak perlu dan tanpa sebab berhubung beberapa perkara dan individu oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) hanya akan membuka ruang kepada perbuatan manipulasi dan gangguan politik di dalam negara.

Ia menyatakan kebimbangan ada motif yang melangkaui objektif rampasan aset dalam pemfailan semula saman terbaru DOJ.

“Kami mendapati tindakan undang-undang sivil terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap pelbagai aset.

“Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan sah mana-mana syarikat Malaysia atau warganegara mengikut protokol antarabangsa.”

“Justeru, kami mengambil perhatian yang DoJ sekali lagi gagal untuk mendapatkan kerjasama itu daripada kerajaan Malaysia atau 1MDB, syarikat kerajaan Malaysia yang terlibat.

“Terdapat banyak siasatan yang meluas oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap 1MDB, termasuk badan bebas dan bi-partisan seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, dan tiada jenayah ditemui.

“1MDB masih menjadi subjek siasatan Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Sehingga itu, dakwaan tidak terbukti tidak boleh diambil sebagai fakta. Dan kita mengambil perhatian terhadap kenyataan akhbar DoJ sendiri, yang menyatakan ‘Kenyataan pelucutan hak sivil adalah semata-mata dakwaan wang atau harta terlibat atau mewakili hasil jenayah’. Ini tuduhan tidak terbukti sehingga penghakiman keputusan mahkamah memihak kepada AS,” kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan berkenaan.

Menurut beliau, proses kehakiman tidak boleh dilaksanakan dengan mencari tumpuan dan Malaysia berdiri teguh dalam sokongannya terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik.

“Ini termasuk memastikan tuduhan mempunyai asas sebenar, bukannya taklimat mencemarkan oleh lawan politik. Kami yakin keadilan akan terlaksana dan Malaysia akan terus bersedia bekerjasama dengan semua agensi antarabangsa.

“Sebagaimana yang selaku ditegaskan Perdana Menteri, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” katanya. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana