Samad Said dikerah untuk bela Hannah Yeoh...Ahli DAP Seumur Hidup...Berat..Berat

Ramai yang mengetahui bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat oleh Hannah Yeoh terhadap saya pada 15 Mei dan laporan polis yang dibuat oleh saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei.

Asas laporan polis Hannah Yeoh adalah bahawa “isi kandungan kenyataan Facebook (saya pada 10 Mei bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”) yang menyatakan bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian, merupakan satu tuduhan yang tidak benar.”

Asas laporan polis saya pula adalah bahawa buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah” yang dijual di rak terbuka gedung buku merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian kerana buku ini mengandungi catatan mengenai kelebihan dan kehebatan ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Laporan polis saya juga memberikan bukti ke atas kenyataan Facebook saya bahawa “tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama”.

Antara bukti yang saya berikan ialah pengakuan Hannah Yeoh sendiri bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; seruan beliau agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta pengakuan beliau bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Di saat pihak polis sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis Hannah Yeoh dan laporan polis saya ini, di mana saya telah diambil keterangan oleh pihak polis pada 22 Mei, DAP sendiri nampaknya terus-terusan menyindir, mencabar dan membuat provokasi ke atas laporan polis saya dan siasatan pihak polis ke atasnya.

Menjelang saat umat Islam di Malaysia mahu berbuka puasa pada hari pertama mereka berpuasa, iaitu 27 Mei, DAP menganjurkan “Bicara Buku Becoming Hannah” oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, didapati “Bicara Buku Becoming Hannah” ini dihadiri oleh sebahagian umat Islam yang turut membeli buku itu dari Hannah Yeoh yang kelihatan turut menurunkan tandatangan ke atas buku yang dibeli itu.

Seperti diketahui, penyertaan Datuk Samad Said ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang pada 13 Jun 2015.

Mengikut Lim Kit Siang, Datuk Samad Said boleh dianggap sebagai wira yang akan membawa perubahan kepada negara sambil mengumumkan beliau sebagai Wira Ubah kepada DAP.

Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa “saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin” dan “terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti”. Bukan sekali, tetapi dua kali, Datuk Samad Said menyebut mengenai kesediaan beliau untuk menjadi hamba kepada DAP.

Walaupun sebelum ini kelibat Datuk Samad Said sering kelihatan di dalam aktiviti-aktiviti DAP, khususnya yang memerlukan DAP “membuat kontak dengan masyarakat Melayu”, penglibatan beliau di dalam “Bicara Buku Becoming Hannah”, bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sendiri yang kemudiannya menemani Datuk Samad Said berbuka puasa di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei, paling memahamkan saya mengenai keseriusan hasrat beliau untuk menjadi hamba kepada DAP ini.

Bagaimanapun, tindakan DAP memperkudakan Datuk Samad Said untuk mempertahankan Hannah Yeoh ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan negatif ke atas dakwaan saya, malah memperkukuhkannya pula.

Jika dilihat kepada tiga kenyataan Datuk Samad Said yang termuat di dalam Facebook beliau dan yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insight, maka terbukti bahawa beliau sendiri tidak mampu untuk menafikan kebenaran dakwaan saya terhadap kandungan buku Hannah Yeoh ini. Apa yang sebaliknya beliau mampu buat hanyalah mempersoalkan tindakan saya menumpukan perhatian hanya kepada bahagian yang saya mahu sahaja.

Lebih jauh lagi, saya sendiri tidak pernah menggelarkan Hannah Yeoh sebagai “mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal”, tetapi Datuk Samad Said mengesahkannya!

Lalu timbul pertanyaan, apakah sokongan Datuk Samad Said kepada Hannah Yeoh ini adalah sokongan yang akan membawa rebah kepada DAP dan Hannah Yeoh?

PETIKAN TULISAN DATUK SAMAD SAID

“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”

“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”

“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana