“Sahaja Aku Berniat Puasa Kerana Malaysia” – Lyana LGBT

KUMPULAN pejuang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) makin melampau. Kini mereka sengaja mahu mencemari bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menganjurkan kempen ‘Puasa untuk Malaysia 2017’ yang bakal diadakan pada 17 Jun ini.

Lyana Khairuddin yang juga mengaku dirinya seorang biseksual mahu menganjurkan kempen kononnya sebagai sebuah inisiatif bagi mengeratkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia sedangkan pada hakikatnya mereka sengaja melancarkan provokasi terhadap umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kempen ini dianjurkan bersama oleh Mitch Yusmar Yusof, aktivis Pak Nyah merangkap ahli Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED) dan Sivin Kit, seorang paderi di Bangsar Lutheran Church yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan yang melibatkan belia-belia yang beragama Islam.

Aturcara dimulakan dengan bersahur bersama-sama di Pelita Bangsar pada pukul 4 pagi dan berkumpul untuk iftar jamai’e (buka puasa beramai-ramai) di Wondermama, Bangsar Village pada 6:45 petang.

Pihak penganjur juga mengharapkan mereka yang berada di luar kawasan Bangsar supaya dapat menganjurkan acara yang sama di tempat masing-masing.

Mereka digalakkan untuk berkongsi gambar dan cerita mereka di media sosial dengan menggunakan hashtag #puasa4malaysia sebagai isyarat. Sungguhpun matlamat puasa ini adalah demi Malaysia dan bukan kerana ketaatan seorang hamba kepada Allah S.W.T. namun hasrat murni ini telah mendapat sambutan dan galakan terutamanya dari aktivis LGBT dan aktivis hak kebebasan beragama di Malaysia.

Ramai penyokong hak LGBT dan kebebasan beragama di Malaysia turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara berpuasa kerana Malaysia. Acara sahur akan diadakan secara terbuka di Pelita Bangsar pada jam 4 pagi 17 Jun 2017 dan acara berbuka puasa kerana Malaysia akan diadakan secara terbuka pada jam 6:45 petang di Wondermama, Bangsar Village bagi yang ingin bersama dengan kumpulan ini nanti.

Kumpulan ini menjemput orang ramai dijemput berniat puasa kerana Malaysia bersama-sama kumpulan ini pada hari program nanti, ketika umat Islam yang lain berpuasa kerana Allah di seluruh negara.

Kita perlu maklum bahawa kumpulan ini merupakan penyokong kuat pembangkang yang diketuai oleh DAP. Parti ini telah didedahkan oleh beberapa pihak sebagai parti yang cuba menukar agama rasmi negara dari Islam kepada Kristian. Memandangkan mereka tahu bahawa usaha mereka itu sia-sia maka sekarang mereka dikatakan mengunakan NGO yang pro mereka untuk merosakan Islam. Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap golongan ini.

– PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana