Reaksi Apandi terhadap saman DoJ setebal 140 muka: Tiada bukti

Beliau mempertahankan pendiriannya tahun lalu yang tidak ada kesalahan jenayah dilakukan, sambil mengkritik usaha mengaitkan PM.

PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan saman terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melalui dokumen lebih 140 muka yang difailkan di sebuah mahkamah AS semalam, dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB.

“Kami sangat khuatir dengan usaha mengaitkan perdana menteri dengan salah laku jenayah.

“Tidak pernah dalam permohonan sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa untuk kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Apandi mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap 1MDB.

“1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia yang disiasat dalam Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara,” katanya.

“Semakan kami mendapati tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini penyiasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia terhadap 1MDB.”

Semalam, DoJ memfailkan permohonan merampas lebih banyak aset termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hakcipta 2 filem komedi Hollywood, untuk mendapatkan balik sejumlah AS$540 million (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Permohonan terbaharu itu berkait dengan dakwaan kecurian dana 1MDB, syarikat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Antara aset yang menjadi sasaran dalam permohonan difailkan di mahkamah California semalam ialah hakcipta kepada 2 filem komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey, dan “Daddy’s Home” lakonan Will Ferrell, filem terbitan syarikat anak tiri Najib, Riza Aziz, yang didakwa menggunakan berjuta-juta dolar wang milik 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana