RAYUAN DITOLAK PUNCA SARAWAK REPORT & MALAYSIAKINI TAK HENTI BUAT FITNAH KEPADA SHAFEE

Anwar Ibrahim dan peguamnya yang memfailkan kes dan rayuan kes liwatnya di Mahkamah Syariah mesti orang yang tidak arif hukum syarak.

Kemudian peguamnya hanya membuat dakwaan mengikut gerak hati dan nafsu tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Adakah ini salah satu usaha Anwar Ibrahim untuk mencari perhatian dan populariti? Akan tetapi jejak langkahnya sumbang apabila permohonan rayuannya ditolak.

Mahkamah Rayuan Syariah MENOLAK RAYUAN Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

Asas penolakan tersebut mudah iaitu hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tuduhan liwat tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 kerana undang-undang di bawah seksyen itu hanya memperuntukkan kes pertuduhan zina.

Tapi yang peliknya sebelum proses rayuan Mahkamah Syariah itu diputuskan, Shafee telah diserang dengan fitnah dan tuduhan yang amat berat yang dilemparkan oleh Wall Street Jurnal, Sarawak Report dan Malaysiakini.

Tuduhan yang tidak berasas dan cubaan untuk mempertikaikan etika guaman di Malaysia yang dilakukan mereka adalah tidak boleh diterima.

Pertamanya akaun bank milik PM Najib yang cuba dikaitkan dengan transaksi sebanyak RM9 juta yang dikatakan ada mempunyai kaitan dengan 1MDB sudah ditutup lebih awal. Namun mereka masih mengatakan bahawa akaun tersebut sebanyak dua kali melakukan transaksi kepada Shafee sebulan selepas akaun itu ditutup.

Keduanya, SHAFEE tidak perlu melayan dengan urusan guamannnya yang cuba dipertikai oleh portal pembangkang itu, kerana segala urusan peguam dan pelanggannya adalah sulit dan mempunyai etika guaman yang tersendiri.

Mereka portal pembangkang tidak mempunyai asas pertuduhan yang kukuh dan hanya merujuk kepada WALL STREET JURNAL yang memang tidak pernah diakui sumber beritanya di Amerika. WSJ sentiasa mengelirukan dan melakukan pendedahan tidak berfakta dan serkap jarang sahaja.

Semoga kebenaran akan menjelma dan mereka yang melakukan fitnah ini akan diambil tindakan sewajarnya.

Inilah kerja pembangkang.

Buat tuduhan melulu ke atas Shafee semata-mata kerana mahu memperlihatkan Anwar Ibrahim suci dan seolah-oleh tidak bersalah dan tidak pernah meliwat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana