RARA DAP BERPAKAIAN MENJOLOK MATA DAN SEKSI DI BAZAR RAMADHAN

Baru-baru ini satu video memviralkan Rara DAP berpakaian menjolok mata semasa menyerahkan bungkusan paket kecil kurma kepada pengunjung-pengunjung di bazaar Ramadhan. Apabila melihat video berkenaan jelas sekali pakaian yang dikenakan oleh Young Syefura boleh menaikkan nafsu kaum lelaki yang melihatnya.

Adakah Rara DAP tidak sedar akan hal tersebut?

Daripada respons beliau terhadap komen-komen pengunjung laman Facebook, beliau tahu bahawa pakaian beliau menjolok mata. Sebaliknya beliau lebih gemar menyalahkan pihak lelaki yang dikatakan bernafsu dan ada tekanan seksual yang teruk.

Okay, Rara memberi respons yang sama diberikan oleh seorang feminis bagi menutupi perlakuan diri sendiri dengan menggambarkan bahawa adalah hak dia untuk berpakaian sesuka hati beliau dan adalah menjadi kesalahan bagi orang menegur beliau.

Baju kurung yang dipakai oleh Rara jelas menunjukkan susuk badan beliau. Pemilihan kain licin dengan menggabungkan potongan baju yang menunjukkan susuk badan tentunya menimbulkan imej seksi kepada sesiapa yang melihatnya. Boleh dikatakan Rara pandai berfesyen.

Dan malangnya fesyennya yang seksi itu ditonjolkan pada bulan Ramadhan.

Mungkin beliau sepatutnya pergi menuntut cara berpakaian yang menonjolkan keayuan tetapi tidak seksi… mungkin Nurul Izzah, tetapi dari segi berpakaian sahaja.

Nampak bukan, inilah ajaran DAP terhadap wanita-wanita Melayu mereka dalam DAP. Selama ini DAP menerapkan wanita-wanita Melayu DAP memakai pakaian yang ketat, seksi dan menjolok mata semata-mata bagi menarik minat anak muda Melayu menyertai DAP.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment