RAKYAT SABAH HARUS TOLAK PARTI WARISAN

Matlamat dan agenda penubuhan parti Warisan bukan ingin membela warga Sabah tetapi hanya mahu membalas dendam untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.Lalu Ketua Presiden Warisan menggunakan isu-isu 1MDB, GST, dan lain-lain dan bukannya untuk mengetengahkan pembelaan serta menjaga kebajikan rakyat Sabah.

Slogan parti Warisan yang selama ini dilaung-laungkan oleh Shafie Apdal hanyalah sekadar gimik belaka dan selain mahu melampiaskan dendam kesumatnya dan dalam masa yang sama Shafie Apdal bergandingan dan berkerjasama dengan pengkhianat siapa lagi kalau bukan Mahathir. Pengkhianat seperti Mahathir telah melancarkan PROJEK IC Kepada PATI semasa era kerajaan dalam genggamannya.

Sebelum kewujudan Warisan sendiri Shafie Apdal tidak pernah menyuarakan masalah-masalah infrasrtuktur yang sangat kritikal di Sabah sedangkan pada masa itu Shafie Apdal memegang jawatan sebagai menteri penuh Wilayah Persekutuan dan Naib Presiden UMNO PUSAT dahulu. Tetapi sekarang boleh beria-ria pula Shafie Apdal mahu menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

Hakikatnya orang seperti Shafie Apdal, hanya manis mulut, bercakap besar tetapi langsung tidak boleh dipercayai apatah lagi mahu mengotakan janji-janji yang telah beliau janjikan kepada rakyat Sabah.

Yang ada hanyalah Shafie Apdal mengumumkan kos-kos KKLW yang semakin berkurangan dan kritikal sehinggalah tidak mampu membawa sebarang kemajuan dan pembangunan kepada rakyat dan negeri Sabah.

Baru-baru ini Shafie Apdal dengan lagak dan bangganya mengumumkan bahawa parti Warisan yang ditubuhnya dan diterajui oleh beliau kononnya akan membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat dan negeri Sabah. Beliau kononnya berjanji akan menguruskan minyak Sabah, akan memastikan Sabah memiliki 80% hasil minyak manakala Malaysia akan mendapat 20%. Boleh kita semua percaya dengan Shafie Apdal ini?

Shafie Apdal tahu beliau tidak akan dapat melaksanakan perkara-perkara berkenaan namun Shafie Apdal tetap mahu melaungkan perkara-perkara berkenaan sebagai gula-gula bagi menarik undian rakyat Sabah walhal hakikatnya ia hanyalah, pembohongan dan omong-omong kosong sebenarnya.

Siapa yang sebenarnya yang telah mengelirukan fikiran rakyat Sabah dan berjanji macam-macam kepada rakyat Sabah? Shafie Apdal mempunyai angan-angan yang tinggi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah tetapi masih belum kesampaian sehingga kini. Shafie Apdal hanya mampu menipu dan memberikan janji-janji kosong kepada rakyat Sabah.

Kita cuba bayangkan sekiranya Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri, sudah pasti tidak akan ada perubahan langsung yang mampu dibawa oleh Shafie Apdal kepada rakyat dan negeri Sabah. Rakyat Sabah jangan mudah percaya dan terpedaya dengan kata-kata Shafie Apdal yang sememangnya sama sekali langsung tidak boleh dipercayai langsung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana