Rafizi Ramli, Jaguh Putar Alam Tipu Rakyat Dari PKR

Seorang Ahli Parlimen pembangkang yang begitu suka menabur fitnah dan cerita bohong akhirnya terbukti terang-terang beliau memang kaki putar alam apabila kantoi menipu dalam tuduhan ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ke atas Florence Goh.

Naib Preside PKR, yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli merupakan wakil rakyat yang paling aktif memfitnah seperti itu adalah tugas utamanya bukannya memberikan bakti kepada pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Pada 20 Mei 2015, beliau membuat fitnah dengan mengatakan pelaburan KWSP kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko tinggi dan akan menjejaskan kepentingan pencarum jika tidak mengeluarkan caruman mereka.

Katanya, KWSP pada masa itu terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.

Rafizi terkedu apabila untuk suku pertama tahun ini berakhir 31 Mac 2017, pendapatan pelaburan KWSP meningkat RM11.79 bilion meningkat sebanyak 73.9 peratus berbanding perolehan RM6.78 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Ada pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan caruman selepas terpengaruh dengan cerita bohong dan putar belit pemimpin PKR ini.

Terbaru, Pengarah syarikat CRT Insights Technologies Florence Goh Siew Boy mendedahkan tembelang fitnah Rafizi dengan menafikan dakwaan pemimpin pembangkang itu bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang kontrak dengan kerajaan untuk menjadi pelobi untuk kerajaan.

Ia dibuat dalam satu sidang media selepas Rafizi menuduh Siew Boy merupakan bos syarikat yang diupah oleh kerajaan untuk menjadi firma pelobi untuk kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS).

Lepas dah terperangkap, dengan mudah Rafizi memohon maaf kepada media dengan alasan tersilap mengenalpasti seorang wanita yang dikatakan ada nama yang sama iaitu Florence Goh juga. Sudah buat fitnah terang-terang, senang sahaja Rafizi terlepas daripada tindakan.

Sudah 12 kali Rafizi lakukan fitnah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN), ini rasanya rekod paling banyak memfitnah bagi seorang ahli politik.

Pada 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan dan belum menjadi Timbalan Perdana Menteri memfailkan salam malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah di blognya.

Pada 12 Julai 2014 pula, ada laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Kapar Wan Adnan yang mendakwa Rafizi salah guna nama Sultan Selangor dalam isu menggantikan Menteri Besar negeri berkenaan.

Ini lebih menarik, pada 26 Januari 2016, dia didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan ke atas gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge pada 2014.

Si pemfitnah ini sebenarnya sudah pun dihukum penjara 18 bulan kepada Rafizi setelah didakwa memiliki secara salah halaman 98 Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB, Rafizi didakwa di bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Makin hari orang ramai sudah tahu permainan putar belit Rafizi dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakannya. Lagipun, tak lama lagi Rafizi akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjiran dalam penjara apabila selesai proses rayuan nanti. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana