RAFIZI RAJA FITNAH MENGAKU TERSILAP ORANG, FLORENCE GOH MANGSA FITNAH TERBARUNYA

Rafizi sememangnya terkenal dalam membuat fitnah dan pendedahan liar serta terburu-buru. Oleh itu tidak mustahil bagi Florence Goh menjadi mangsa terbaru fitnahnya. Mungkin kerana Rafizi adalah seorang yang tidak peka kepada sesuatu perkara dan sentiasa bertindak membabi buta. Rafizi perlu sedar dan tahu bahawa terdapat lebih daripada satu Florence Goh di Malaysia.

Sebenarnya Rafizi tidak dapat membezakan antara '1' dan '3'. Sebagai Ahli Parlimen, beliau mempunyai hak untuk mendedahkan apa sahaja, tetapi tidak berhak untuk mengaitkannya dengan orang-orang yang tidak bersalah dan tidak berkaitan dalam isu ini.

Goh, telah membuat laporan polis pada Isnin lalu terhadap Rafizi dan beliau juga menuntut agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh Rafizi kerana sebagai Ahli Parlimen Pandan Rafizi telah membuat dakwaan liar terhadap dirinya kepada umum.

Florence Goh memberitahu bahawa dia adalah bukan individu seperti mana yang didakwa oleh Rafizi dan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana parti politik. Beliau hanyalah seorang ahli perniagaan.

Bagi Florence Goh, tindakan Rafizi tersebut adalah berbahaya bagi dirinya, keluarganya dan perniagaannya. Adalah menjadi harapan Florence Goh agar pihak berkuasa membantunya kerana dia tidak bersalah dalam hal ini.

Menurut FLorence Goh lagi, kerana Rafizi mengaitkan dirinya dengan Godfrey Group hujung minggu lalu, dia telah menerima panggilan daripada pelanggan dan rakan niaga beliau di pelusuk dunia yang bertanya jika dakwaan itu benar.

Pekerjanya juga telah membuat perkara yang sama sehingga beliau terpaksa mengeluarkan memo kepada pekerjanya bagi menjelaskan keadaan sebenar yang mana tuduhan Rafizi adalah dakwaan liar dan tidak benar.

FLorence Goh sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikatnya ketika isu ini menjadi sensasi dan beliau "berhak untuk menyaman Rafizi" sekiranya tiada permohonan maaf bagi membersihkan namanya serta-merta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana