Qazaf: Anwar kalah rayuan akhir terhadap Shafee...Pelbagai Tuduhan Yang DIlakukan Oleh Pihak Tertentu Untuk Burukkan Shafee

Kalah lagi tapi macam biasa buat kering... itulah sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kalah rayuan akhir untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anwar berbuat demikian kerana mendakwa Shafee memfitnah beliau berhubung kes liwatnya bagaimanapun keputusan hari ini menunjukkan sebaliknya.

Keputusan sebulat suara tiga panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.

Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwar tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam kes pertuduhan zina sahaja.

"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.

Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan politik semasa Anwar berkata Tun Mahathir Mohamad tidak boleh mencalonkan dirinya untuk menjadi calon perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Itu respon Anwar ketika ditanya kesediaan Pengerusi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika beliau diminta berbuat demikian  oleh Pakatan Harapan (PH).

"Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan.

"Seseorang tidak menjadi menawarkan diri (menjadi perdana menteri) begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana