PRU14: KU LI PASTIKAN DUN NENGGIRI KEKAL MILIK BN

Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata fokus itu diberikan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dari BN tidak layak menjadi Anggota DUN tersebut kerana muflis sebagaimana yang diisytiharkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub pada 1 Jun lepas.

Katanya, BN menerima keputusan itu atas sebab penyandangnya disahkan muflis, katanya kepada pemberita selepas program bersama rakyat di Bukit Chekati, malam tadi.

Tengku Razaleigh, yang juga anggota Parlimen Gua Musang, berkata perkara yang berlaku itu tidak boleh dianggap mencemarkan nama baik parti kerana kehilangan kerusi itu berikutan masalah individu terbabit.

“Bukan tindakan politik yang dilakukan kita, sebaliknya ia kerana masalah wakil rakyat berkenaan menyebabkan kita hilang kerusi di bawah undang-undang (Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan) dan kelayakannya hilang,” katanya.

DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis.

Mat Yusoff, 55, mula menguasai kerusi DUN Nenggiri selama tempoh tiga penggal iaitu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment