PRU dah dekat... Musim wakil rakyat pembangkang tunjuk 'hero'

Selepas lama menghilang... ada yang tak pernah balik kawasanpun, sekarang musim wakil rakyat pembangkang tunjuk hero.

Kerana tidak ada program, ramai yang memilih jalan pintas untuk dapat publisiti.

Ada macam-macam cara dan salah satunya 'bergaduh' dengan pihak berkuasa.

Empat tahun sebelum ini tak pernah muncul tiba-tiba jadi hero nak salahkan itu ini, semua yang kerajaan buat tak betul.

Kadang-kadang benda yang bukan politik pun dipolitikkan hanya untuk menarik perhatian ramai.

Pada Khamis, ADUN Hutang Melintang S.Kesavan tunjuk lawak bodoh membawa tikar dan bantal serta berada (berbaring) didepan pejabat SPR negeri di Ipoh.

Ia membantah konon wujud pengundi meragukan (pengundi hantu).

Ironinya semasa orang ramai diberi peluang membantah oleh SPR (masa bantahan), dia tidak pun menjadi hero. Ia muncul selepas masa bantahan dan lebih lucu “saya tak mahu balik” selagi bantahannya tidak diterima SPR.

Juga satu kes yang lebih menarik apabila ia membabitkan satu kes “pembunuhan” di Lenggong, yang mana isteri si mati iaitu R.Bakiam, 66 tahun tidak puas hati malah tidak boleh tidor selagi tangan kiri mendiang suami yang putus ditetak gagal dipulangkan.

Penjelasan pihak polis tidak boleh diterima isteri si mati.

Bahkan ADUN Buntongpun sama. Bahkan mereka tidak boleh hati penjelasan dibuat polis negeri. Suami Bakiam, mendiang K.Lathmana, 60 tahun maut dalam satu kejadian pembunuhan di Lenggong pada 5 Mei lalu.

Kehadiran ADUN Buntong dilihat seperti menangguk di air keruh  kerana hakikatnya kawasan di wakilinya (DUN Buntong) bukan  dalam daerah Hulu Perak. Wakil MICpun ada di Lenggong jika ia isu politik.

Oleh kerana ia kini menjadi kes polis dan kes mahkamah, orang politik dalam BN enggan campur tangan. Mereka percaya jalan terbaik menerusi proses keadilan di mahkamah.

Mengikut fakta kes, tangan kiri si mati dilarikan dua suspek dalam insiden di hadapan sebuah kedai kopi dekat Kota Tampan (kawasan Lenggong).  Mendiang Lathmana, dipercayai dibunuh dan tangan kirinya dikatakan ditetak suspek sebelum dibuang ke dalam Sungai Ulu Kenas, Kuala Kangsar.

Kerana tidak dapat menerima tindakan pihak  polis, Bakiam susul membuat laporan polis.

Disinilah peranan ADUN Buntong, Sivasubramaniam, yang turut menemani Bakiam ke balai polis.

Bahkan kepada media, dia berjanji hendak membawa kes ini sehingga kepengetahuan Ketua Polis Negara (KPN).

Untuk makluman, pihak polis turut menggunakan anjing pengesan dikawasan sungai dimana tangan kiri si  mati dibuang. Oleh kerana factor air deras dan sebagainya, polis gagal menemui benda yang dicari itu.

Ketika bertemu media, ADUN Buntong berkata  isteri mangsa mengadu tidak dapat tidur lena kerana pengkebumian suaminya tidak sempurna.

Sebagai reaksi kepada kejadian itu dan kes yang disiasat itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 19 Mei lalu. Tuduhan dibawah  Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Siasatan menyeluruh telah dijalankan termasuk mengesan tangan kiri mangsa yang dibuang oleh suspek ke dalam Sungai Ulu Kenas dengan menggunakan anjing pengesan K9.

“Malangnya, ia gagal ditemui ekoran hujan lebat serta air sungai yang deras ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata siasatan dilakukan secara telus dan adil. “Suspek telah diberi jamin oleh mahkamah. Pihak polis bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas mangsa namun pertuduhan itu dibuat berdasarkan keterangan.

“Pihak polis tidak pernah menghalang keluarga membuat laporan polis dan tohmahan bahawa pegawai penyiasat bersekongol dengan suspek adalah tidak benar.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana