Proton: Syed Mokhtar tak boleh diam ibarat syaitan bisu - Pemuda UMNO

Ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari diminta menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton.

Pemuda UMNO dalam satu kenyataan media petang Khamis berkata mereka mengambil maklum tentang keputusan penjualan 49.9 peratus saham Proton kepada syarikat China Zhejiang Geely pada minggu lalu.

Jelas Pemuda UMNO, mereka memandang ini sebagai keputusan perniagaan Proton – satu entiti swasta -  untuk memastikan kelangsungan syarikat nasional tersebut dan ia tidak dipengaruhi oleh Kerajaan.

"Namun, bak kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

"Pemuda UMNO memandang serius kenyataan-kenyataan negatif yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad  yang juga bekas Pengerusi Proton susulan daripada penjualan saham tersebut,"kata kenyataan yang ditandatangani oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Mohamad Sahri Aziz.

Menurutnya, kenyataan Mahathir telah menimbulkan polemik serta kekeliruan di kalangan para pemerhati serta rakyat, tentang masa depan Proton.

"Selaku bekas Tokoh Maal Hijrah, Syed Mokhtar tidak boleh diam ibarat syaitan bisu, yakni tidak memberitahu kebenaran sedangkan mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar, tentang keputusan penjualan saham tersebut kepada Geely bagi meredakan keresahan rakyat dan pengkritik ekonomi tempatan dan antarabangsa.

"Pemuda UMNO mendesak Tan Sri Syed Mokhtar menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,"kata kenyataan tersebut.

Pada Rabu, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Adam turut mempersoalkan pemilik sebenar Proton.

"Saya merasakan Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan pemilik Proton melalui Kumpulan DRB-Hicom, perlu jawab persoalan oleh Tunku Aziz iaitu apakah Tun Mahathir pemilik sebenar Proton dan sama ada Tan Sri Syed Mokhtar hanyalah seorang proksi.

"Persoalan ini timbul apabila Tun Mahathir menolak secara terbuka atas isu pembelian 49.9% equity Proton.

"Jika Tan Sri Syed Mokhtar pemilik Proton beliau sudah semestinya sokong dan mempertahankan kerjasama antara Proton dan Geely.

"Wanita UMNO meminta penjelasan dari Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar tentang perkara ini yang kini menjadi perhatian rakyat seluruh negara,"kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana