PPBM KELIRU DENGAN PKR

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa keliru dengan pendirian PKR berkenaan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Noor mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR semalam bahawa parti itu tidak bersetuju dengan cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gagasan pembangkang tersebut kerana bimbang beliau akan menguasai PH.

“Saya tidak tahu, saya agak keliru, tidak pasti… Sama ada PKR setuju atau tidak, (cadangan) dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada semalam memberitahu cadangan pelantikan Pengerusi PPBM itu akan menguatkan lagi penguasaan Dr Mahathir di dalam Pakatan Harapan (PH).

Bukan itu sahaja menurut Johari jawatan pengerusi tidak perlu diwujudkan sama sekali, malah parti itu merasakan lebih ‘cocok’ sekiranya Dr Mahathir digandingkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PH.

“Bergantung kepada pengerusi… Sesetengah pengerusi tak mahu berperanan, sesetengah pula mahu berperanan

“(Tetapi) ergantung kepada individu tersebutlah,” katanya mengulas dakwaan penguasaan Dr Mahathir itu.

PKR juga pada semalam menafikan penyebaran struktur kepimpinan PH yang menamakan Anwar sebagai penasihat, Dr Mahathir sebagai pengerusi, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai presiden gabungan pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana