PPBM HANYA PARTI ‘TRENDING’ KATA SOHAIMI SHAHADAN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan parti Pribumi Bersatu (PPBM) sebagai parti ‘trending’ yang bermusim dan tidak mampu bertahan lama.

Beliau berkata parti itu tiada hala tuju dalam perjuangan mereka dan ditubuhkan kerana kekecewaan ahli.

“Saya yakin parti ini akan terkubur tanpa nisan selepas PRU14, seperti mana pernah berlaku terhadap parti Semangat 46 (S46) suatu masa dulu,”katanya lapor Watan.

Tambahnya, beliau yakin PPBM bukan saja tidak mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bahkan akan lenyap selepas itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad hendak buat ‘come back’ pun tidak menjadi nampaknya dan kepemimpin Tan Sri Muhyiddin juga semakin lemah.

“Parti ini bagi saya parti ‘trending’, semusim saja, selepas ini akan lenyaplah. Parti ini hanya fokus PRU14,”katanya.

Katanya, banyak faktor parti Bunga Raya ini akan berkubur dan kini, ia sudah dilihat di peringkat akar umbi tidak puas hati sehingga menyebabkan perpecahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana