PPBM boleh namakan calon PM jika menang majoriti kerusi Parlimen pada PRU14...Dengar Tu Dulu Kalau Menang Majoriti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh memilih calon Perdana Menteri yang mewakili parti itu dan pembangkang sekiranya mereka berjaya memenangi majoriti kerusi di Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, perkara yang sama juga bakal dilakukan oleh partinya sekiranya mereka berjaya mendapat sokongan majoriti rakyat, justeru isu mengenai Tun Mahathir mahu mempertimbang menjadi calon Perdana Menteri tidak perlu timbul kerana segalanya bakal ditentukan hanya selepas PRU nanti.

“Kalau Bersatu (PPBM) dapat majoriti kerusi dalam parlimen akan datang, memang dia ada hasrat untuk tentukan siapa jadi Perdana Menteri, kalaulah Bersatu dapat kerusi yang lebih.

“Tapi kalau Keadilan (PKR) dapat kerusi yang lebih, lepas itu Keadilan yang tentukan dengan DAP dan Amanah siapa akan jadi Perdana Menteri.

"Kalau katakan sekarang rakyat nak siapa jadi Perdana Menteri, itu kita boleh putuskan lepas Pilihan Raya bila kita dah dapat keputusan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad berkata beliau berkemungkinan akan mempertimbangkan jawatan selaku Perdana Menteri sekiranya diminta oleh Pakatan Harapan (PH).

Berkata pada siaran langsung di akaun Facebooknya, Mahathir bagaimanapun menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu pada ketika ini, tetapi bersedia untuk bertindak sebagai penasihat kepada perdana menteri baru.

Mengulas mengenai 'cita-cita' Dr Mahathir itu, Xavier membayangkan bahawa tiada keperluan untuk perdana menteri mempunyai penasihat.  

"Perdana Menteri, mana-mana perdana menteri pun tak payah ada penasihat.

"Tak payah, penasihat tu tiada kuasa, Perdana Menteri yang pegang kuasa ikut undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Xavier yang juga ADUN Sri Andalas turut menegaskan bahawa terdapat ramai calon yang boleh mewakili pembangkang sekiranya mereka menang PRU nanti, maka tumpuan tidak seharusnya hanya diberikan kepada Dr Mahathir sahaja.

“Siapa pun boleh jadi Perdana Menteri, kita ada banyak calon yang layak untuk jadi Perdana Menteri, bukan Tun Mahathir sahaja.

“Kita ada Mahathir, (Datuk Seri) Anwar, (Tan Sri)Muhyiddin, (Datuk Seri) Azizah, (Datuk Seri) Azmin Ali, (Datuk Seri) Mukhriz dan ramai lagi yang boleh jadi Perdana Menteri, jadi tunggu dulu lah orang nak pilih siapa," katanya.

Sehingga kini, calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan masih menjadi teka-teki apabila mereka belum memuktamadkan mana-mana nama untuk diangkat ke jawatan berkenaan sekiranya menang PRU14.

Hanya PKR yang sebulat suara menamakan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana yang dicapai sewaktu Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana