Politik Pembangkang Makin Terdesak sangat Sangat Tu....

Semasa kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini pemimpin parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan kecuali Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan main ‘megah’ lagi mengangkat plakad ‘ Anwar PM Ke-7’.

Turut mengangkat plakad itu termasuk Lim Kit Siang (DAP) dan Mohamad Sabu (PAN) selain Presiden PRK, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Azmin Mohamad Ali.

Namun dua hari lepas, semuanya berubah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk menolak jawatan itu kerana mahu memberi tumpuan kepada kemenangan PH pada PRU ini.

DAP ‘ terkejut’ tentang pengumuman Anwar untuk menolak tawaran calon Perdana Menteri walaupun Pakatan Harapan (PH) menang.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng tetap berpendirian Anwar bakal calon Perdana Menteri akan datang.

“Pendirian kami tetap sama. Kami menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri,” kata beliau dipetik The Malaysian Insight.

Guan Eng malah berkata beliau langsung tidak tahu mengenai perkara itu. “Ini (pengumuman) adalah kali pertama saya dengar. Saya tidak tahu mengenainya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudian berkata perkara itu wajar diulas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga anak Anwar dalam tulisannya di Facebook semalam berkata, adalah tidak penting bagi PH untuk menamakan calon Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi sebelum PRU14.

“Apa yang membuat sesiapa berfikir ia (PH) mesti menamakan secara rasmi nama Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi untuk memimpin pakatan ini sebagai prasyarat memenangi PRU14?

“Bukankah Pakatan Rakyat memenangi undi majoriti pada PRU13 tanpa secara rasmi menamakan pemimpin tertinggi atau Perdana Menteri?” tegasnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menyetujui pandangan bapanya bahawa PH mesti terus bekerja sebagaimana formula kejayaan pakatan sebelumnya, Pakatan Rakyat.

Beberapa pemimpin UMNO pula melihat, penarikan diri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri selepas 18 tahun menunggu, memberi ruang kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz untuk mengisi ‘kekosongan’ itu.

Dr,Mahathir kali terakhir ‘menyuarakan harapan’ untuk kembali menjadi Perdana Menteri samasa menghadiri mesyuarat di Tokya dua minggu lalu

Mukhriz sebelum ini bersetuju agar Perdana Menteri diumum lebih awal, iaitu sebelum PRU14.

Sementara itu Nurul Izah mahu semua pihak berhenti bercakap mengenai keperluan menetapkan Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi.

“Ketepikan kepentingan diri dan kepentingan sempit, sebaliknya beri tumpuan untuk memenangi PRU14, dan kejayaan akan menanti kita,” kata beliau.

Nurul Izzah berkata, bapanya memainkan peranan penting kepada kejayaan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti.

“Anwar kelmarin membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya lagi untuk menjadi Perdana Menteri jika PH menang pada PRU14.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi PKR, Anwar berkata, PH harus memberikan perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU14. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana