Politik masjid : Azmin cuba lindungi Sivarasa ?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba melindungi rakan partinya apabila meminta semua pihak termasuk media supaya tidak memanjangkan isu penggunaan ruang solat masjid sebagai tempat berpolitik seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, baru-baru ini.?

Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, pemintaan Mohamed Azmin itu tidak munasabah sama sekali kerana beliau telah sedia maklum mengenai larangan penggunaan ruang solat masjid serta surau untuk tujuan politik di negeri ini sebagaimana yang telah dititahkan oleh Sultan Selangor difahamkan sejak tahun 2010 lagi. ?

“Siapa yang sebenarnya cuba memanjangkan isu ini sebenarnya?. Menteri Besar perlu diingat bahawa larangan penggunaan ruang solat masjid dan surau sebagai tempat berpolitik bukan baharu di Selangor. ?

“Pelanggaran larangan ini pernah dilaporkan berlaku pada tahun lalu di Masjid Al-Muttaqin membabitkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang juga daripada PKR. Jadi, apakah Menteri Besar membuat kenyataan sedemikian kerana mahu selamatkan pemimpin partinya. ?

“Sepatutnya Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menasihati atau mengeluarkan arahan rasmi kepada semua pemimpin partinya supaya menghormati larangan dan titah Sultan Selangor dengan tidak membuat sebarang aktiviti berunsurkan politik di masjid serta surau di negeri ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang itu.

Semalam, Mohamed Azmin dilapor meminta pihak media supaya jangan memanjangkan isu membabitkan Sivarasa, namun pada masa sama beliau meminta semua pihak menghormati garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan pentas politik bagi memastikan memelihara insitusi dan perpaduan umat Islam di negeri ini.?

Dalam pada Abdul Shukor turut mengingatkan mana-mana wakil rakyat bahawa kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan satu ‘lesen besar’ yang membolehkan mereka membuat sebarang program politik sesuka hati di ruang solat masjid serta surau di Selangor. ?

“Saya sendiri selaku wakil rakyat yang beragama Islam di Selangor, saya adakan program bantuan rakyat di kawasan perkarangan masjid dan bukannya di ruang solat. Kita menghormati larangan dan titah Sultan Selangor mengenai pengunaan ruang solat masjid dan surau untuk tujuan politik,” ujarnya. ?

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan tindakan Sivarasa itu membuktikan kegagalan PKR memberi kefahaman kepada pemimpin mereka yang bukan beragama Islam dalam soal menghormati sensitiviti umat serta dan kesucian agama Islam. ?

“Insiden ini membuktikan kegagalan pembangkang khususnya PKR serta Mohamed Azmin ‘mentarbiyah’ pemimpin mereka yang bukan beragama Islam memahami kesucian serta keindahan Islam.?

“Tindakan Sivarasa ini jelas telah menderhakai titah Sultan Selangor yang menegah ruang solat masjid dan surau di negeri ini dicemari dengan perbuatan politik kepartian yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam,” katanya yang turut menggesa Sivarasa dan PKR mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana