POLIS DAN TENTERA DIMINTA SUPAYA WALA’ KEPADA PEMIMPIN NEGARA

Pasukan keselamatan termasuk anggota polis dan tentera diminta berpegang teguh kepada konsep wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin untuk memastikan keamanan dan kemajuan yang dikecapi negara terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di dalam Islam sendiri, prinsip kesetiaan kepada pemimpin yang dipilih secara sah amat ditekankan selagi pemimpin berkenaan tidak menyuruh melakukan sesuatu yang melanggar hukum syarak.

“Kita patut setia kepada pemimpin… kita patut tahu sebuah tamadun boleh hancur jika kita tidak mengamalkan prinsip wala’ dan kesetiaan.

“Contoh terdekat peristiwa di Lahad Datu 4 tahun lalu pada Februari 2013, di mana oleh kerana ada orang kita yang mengkhianati kawan-kawan sendiri dan bocorkan maklumat pergerakan kumpulan sendiri kepada musuh.

“Disebabkan itu musuh menunggu dan apabila pasukan polis masuk ke sebuah perkampungan air, pihak musuh telah menunggu dan mengakibatkan 6 anggota polis dan cawangan khas kita terkorban dengan cara yang cukup kejam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis moreh dan penyampaian sumbangan kepada orang kelainan upaya dan saudara baru di Dewan Serbaguna Rumah Kakitangan Angkatan Tentera (RKAT), Kem Batu 10, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Panglima 4 Briged (Mekanise) Brigedier Jeneral Datuk Md Din Abu.

Najib dan Adnan sebelum itu, turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Surau Al-Ikhwan, bersama lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada anggota dan pegawai dari Kem Batu 10.

Beliau berkata peristiwa itu cukup menyedihkan, dan justeru itu konsep kesetiaan perlu sebati dalam jiwa pasukan keselamatan selain mengamalkan disiplin yang tinggi.

Katanya keamanan dikecapi negara pada masa ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia hasil usaha keras yang dilakukan oleh pasukan keselamatan selama ini.

“Walaupun belum terjadi tragedi serangan seperti di negara jiran yang menyebabkan ramai nyawa terkorban, pasukan keselamatan harus bersedia berdepan dengan ancaman seumpama itu.

“Tingkatkan kekuatan dengan meningkatkan profesionalisme, tindakan bersepadu dan risikan… bila kita bertindak sedemikian maka kita boleh atasi apa jua ancaman yang mendatang,” katanya.

Pada masa sama, Najib yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun, turut memberi jaminan akan terus menjaga kebajikan pasukan keselamatan di negara ini mengikut kemampuan kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana