PM KE-7 `JAUH PANGGANG DARI API’...MUKA MUKA GILER NAK BERKUASA

RAKUS dan riak sungguh Pakatan Harapan berebut jawatan PM ke-7. Padahal pimpinan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin meningkat dari segi menentukan kebajikan, kestabilan dan arah tuju kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

Peliknya, dalam keadaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO berada dalam keadaan yang sukar digugat, pakatan dikepalai DAP ini boleh pula bercita-cita melangit.

Ini jelas mencerminkan betapa lahapnya selera politik mereka.

BN tidak bercerita langsung pasal siapa mahu menjadi Perdana Menteri. Politik BN matang, kalau sudah berada dalam tangan, barulah boleh bersuara.

Ini belum lagi masuk gelanggang pilihan raya umum ke-14, sudah berlagak gah.

Masakan boleh pula diaju Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang bekas banduan yang jenis jenayahnya jijik untuk disebut dicanang sebagai Perdana Menteri.

Untuk membuat cadangan angan-angan Mat Jenin mungkin boleh. Namun, dari segi realiti perundangan negara dengan mengambil kira peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah perkara 44, pemilihan Anwar sebagai PM ke-7 tidak akan menjadi kenyataan kerana fungsi baginda adalah pemegang kuasa perundangan.

Jika Pakatan Harapan menang sekalipun, Anwar masih dalam penjara. Jadi hanya angan-angan sahajalah. Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri. Kalau dia menang pun, Agong memiliki kuasa diraja tambahan atau residual power untuk menidakkannya.

Dengan graf Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jauh panggang dari api untuk menang kerusi, apatah lagi kemelut yang bersarang dalam barisan mudanya, Armada serta PAN yang umpama `langit dan bumi’ untuk menjadi pengganti Pas, impian Pakatan Harapan untuk meletakkan calon PM ke-7 masih samar.

Diyakini masyarakat majoriti di tanah air masih kekal Melayu walaupun ada pihak mengatakan Melayu berpecah kepada lima parti.

Dan apabila tiba masanya, kebanyakan pengundi ini akan mengasaskan kepada Islamiah dan kemelayuan dalam memilih Perdana Menteri.

Ini bermakna mungkin dividen lebih kepada UMNO, yang kelihatan disenangi oleh Pas dalam penentuan beberapa kerusi marginal yang ada di bawah sana.

Ini sekali gus memastikan jawatan PM ke-7 mustahil dirampas oleh Pakatan Harapan. -Klxpress

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana