PKR dan DAP bangga dapat beri bonus 2 1/2 bulan gaji kepada kakitangan kerajaannnya.

Kakitangan kerajaan negeri bergembira dapat ribuan ringgit. Kalau bergaji RM4,000 sebulan maka akan dapat bonus RM10,000. Dengan jumlah 21 ribu kakitangan awam jumlah bonus yang dibayar adalah berjumlah lebih RM60 juta. Pesara kerajaan tidak termasuk dalam pemberian bonus. Pesara tidak dihargai.

Azmin Ali sebagai Menteri Besar dengan gaji sebanyak RM29, 250.00 akan menerima sejumlah RM73,125.00tidak termasuk elaun-elaun khas lain dan gaji semasa. Itu nilai bonus sahaja. Exco Kerajaan Negeri pula bakal menerima tak kurang RM51,000 setiap orang.

Berbanding kerajaan pusat, walaupun pemberian bantuan kecil tetapi secara keseluruhannya amat besar. Pemberian RM500.00 kepada 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara melibatkan kos RM1 billion. Kerajaan BN tetap menghargai pesara dengan memberi mereka bonus RM250.00 sebagai mengenang jasa2 mereka.

jumlah gaji bagi 1.6 juta penjawat awam persekutuan adalah berjumlah lebih kurang RM6.45 billion. Jika kerajaan beri bonus 2 1/2 bulan gaji maka jumlah yang perlu dibayar adalah berjumlah RM16.13 billion. Jika dicampur dengan pemberian bonus 2 1/2 kepada pesara, mungkin kos akan mencecah RM20 billion.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan RM30 juta yang dibayar untuk bonus 2 1/2 bulan gaji kerajaan Selangor berbanding RM6.45 billion oleh kerajaan pusat kepada 1.6 juta penjawat awam dengan kadar RM500.00.

Menteri Besar Selangor kata tak tau apa nak buat dengan rizab yang banyak berjumlah RM4 billion. Dengan bangganya dia menyatakan bahawa Selangorlah satu2nya negeri dalam dunia yang beri 2 1/2 bulan gaji.

MB tak tau nak buat apa dengan rezab RM4 billion ....
Ketahuilah MB bahawa terdapat 46,500 fakir dan miskin di negeri Selangor.
Ketahuilah MB bahawa jalan2 negeri yang rosak tidak dibaiki menyusahkan rakyat.
Ketahuilah MB bahawa penerima BR1M paling ramai ialah di Selangor iaitu 1,017,403 orang.
Ketahuilah MB bahawa hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat berjumlah RM1.032 bilion.
Memang rezab kerajaan negeri besar berjumlah RM4 billion. Ini adalah kerana ia tidak dibelanjakan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat.

Mari kita lihat di antaranya. Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri berjumlah lebih kurang RM804 juta tidak dibelanjakan untuk memperbaiki dan menaiktaraf jalan2 negeri demi memberikan kemudahan kepada rakyat. Wang tersebut disimpan dalam akaun kerajaan negeri. Sepatutnya wang tersebut dibelanjakan untuk menyelenggara 15,185.17 km jalan2 negeri.
Lihat sahaja bagaimana keadaan jalan dari jambatan Sungai Bernam di Sabak Bernam sehingga ke bandar Klang, Dengkil, Sepang, Morib dan lain2. Rakyat sepatutnya berhak menerima keadaan jalan yang lebih baik jika wang RM804 juta yang disimpan dibelanjakan untuk memperbaiki, menaiktaraf dan menambah jarak jalanraya.

RM804 juta pemberian kerajaan persekutuan ini adalah antara RM4 billion rizab negeri yang sering dibanggakan Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar, Exco dan Penjawat awam dapat puluh2 ribu bonus hari raya, rakyat pula dapat apa ....? Masalah rakyat masih tak diselesaikan walhal rezab ada RM4 billion ...

Jirat Cina di Jeram dan Meru – penduduk dah tawar hati.
Pemansuhan diskaun rumah untuk Bumiputra – rakyat terkejut dan tak percaya
Lambakan pusat-pusat hiburan, rumat urut dan judi – sampai bila?
Bekalan air bersih – ibarat mimpi ngeri yang tak berkesudahan
Banjir kilat – jangan disalahkan hujan macam Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Sampah sarap – tak ada aduan, tak adalah tindakan
Longkang tersumbat – nombor telefon MB masih berfungsi ke?
Perobohan gerai penjaja – ramai yang merintih...apa Azmin buat?
Perumahan kos rendah untuk rakyat kurang berkemampuan – tak menguntungkan, kan?
Bola Sepak Selangor – apa sudah jadi?
Stadium Shah Alam – dah macam kompleks rumah hantu!
Denggi – tak kurang-kurang sampai sekarang
Masalah sosial anak muda dan pelajar sekolah – Kita juara! Tak malu ke?
Kemelut politik – Sampai bila nak buat Selangor macam makmal ujikaji?
Kilang arak – dulu janji nak tutup, sekarang makin besar
Balai raya kena sewa
Bantuan ibu tunggal dinafikan
Dan banyak lagi....
Yang dibangga2kan Menteri Besar Selangor ...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana