Pinjam modal bank China... Khairy 'luku' Guan Eng

Baru dapat ubat... selama ini bukan main sakan dok mengata konon kerajaan BN jual negara kepada China kerana ramai pelaburnya datang ke Malaysia.

Rupanya diam-diam Kerajaan DAP Pulau Pinang meminta bantuan pinjaman dari China bagi membiayai projek pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memulangkan 'paku buah keras' kepada Guan Eng berkata tiada sesiapa pun sedang ‘menjual’ negara menerusi tindakan itu kerana Kerajaan Persekutuan turut melakukan tindakan sama untuk projek Landasan Kereta Api

“China memberi bantuan modal. Kerajaan Persekutuan juga mendapatkan pinjaman dari China untuk projek ECRL. Itu perkara biasa. Tiada siapa sedang menjual Malaysia,” katanya.

Pakatan pembangkang sebelum ini sering memutarbelitkan setiap tindakan kerajaan termasuk menuduh menjual ‘kedaulatan negara’ kepada China kerana membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion menerusi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu baru-baru ini.

Tuduhan itu adalah tidak adil kerana jumlah pelaburan besar itu memberi manfaat kepada rakyat termasuk pelaksanaan projek ECRL sepanjang 620 kilometer.

Guan Eng memberikan alasan bahawa tindakan kerajaan negeri itu membuat pinjaman dari China adalah untuk merapatkan jurang kewangan bagi membiayai projek LRT tersebut sebelum dana asal pembiayaannya diperoleh daripada pendapatan penjualan tanah dalam tempoh dua tahun lagi.

Baru-baru ini, Badan Perhubungan UMNO negeri itu menempelak Guan Eng dan melahirkan rasa hairan mengapa kerajaan negeri perlu membuat pinjaman dengan bank asing iaitu dari Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) sedangkan sering mendakwa mempunyai wang mencukupi kerana perbelanjaan berhemah.

Perkara itu bertentangan dengan dakwaan kerajaan negeri bahawa mereka mempunyai lebihan simpanan kira-kira RM1.2 bilion selain pernah mendakwa memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion hasil penjualan tanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana