Pilihanraya kecil DUN Pujut,Sarawak batal…ADUN DAP kekal wakil rakyat...Giler Doh Dah Jadi 2 WargaNegara Pun Boleh

Kalau ikut jadual asal cuma tiga hari saja lagi iaitu Selasa ini penamaan calon diadakan untuk pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Miri,Sarawak pada 4 Julai.

Namun kini semua parti kena tekan brek buat persiapan untuk berentap.

Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuching pagi Sabtu buat keputusan mengekalkan status ADUN DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Douglas Christ Primis Sikayun selepas mendengar permohonan Dr Tiong yang mencabar keputusan Speaker DUN Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung pemecatannya sebagai ADUN.

DUN Sarawak pada 12 Mei memecat Dr Ting sebagai ADUN atas dakwaan beliau memiliki kewarnegaraan Australia.

Hakim itu kata Speaker DUN Sarawak membuat takrifan perundangan yang tidak tepat berkenaan hal kewarganegaraan dan hal itu tidak sepatutnya dibawa dalam perdebatan DUN.

Menurutnya Dr Ting dinafikan hak mendapat keadilan asasi bagi membela dirinya atas dakwaan memiliki kewarganegaraan Australia.

Katanya tiada keperluan adakan pilihanraya kecil kawasan berkenaan kerana Dr Tiong dikembalikan kedudukan sebagai wakil rakyat.

Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei 2016, Dr Ting menang kerusi DUN itu dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (Pas) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Kawasan DUN Pujut mempunyai seramai 26,532 pengundi yang  kebanyakan mereka keturunan Cina.

Sementara itu kalangan pemerhati menilai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching itu sekali lagi membuktikan kebebasan mahkamah dan sistem perundangan negara.

Ini mengenangkan pembangkang selalu tibai kerajaan bila saja mereka kalah kes di mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana