PH timbul polemik calon PM kerana sedar peluang menang PRU14 tipis

SHAH ALAM: Polemik calon perdana menteri di kalangan Pakatan Harapan (PH) sengaja ditimbulkan gabungan berkenaan selepas menyedari peluang mereka tipis untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata  Penganalisis politik Dr Aidit Ghazali.

"Jadi saya lihat bila ditimbulkan polemik siapa boleh jadi PM dalam PRU 14 atau 15 ke, ini semua adalah satu cara psikologi nak memberi semangat kepada diri-lah bahawasanya mereka akan menang.

"Ini ialah saat di mana mereka berada dalam keadaan semakin getir, jadi untuk menaikkan semangat maka mereka perlu berbicara perihal siapa untuk menjadi Perdana Menteri supaya memberikan gambaran kepada masyarakat bahawasanya mereka inilah bakal menduduki tempat memerintah di Putrajaya,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Gabungan itu sehingga kini masih berteka teki mengenai calon yang bakal diangkat sebagai perdana menteri, sungguhpun PKR konsisten untuk mengangkat Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan bersedia mempertimbangkan jawatan perdana menteri, sekiranya dipersetujui oleh semua rakan komponen PH.

Terbaru hari ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri ketujuh meskipun bekas ketua pembangkang itu dilihat menjadi calon utama PH ketika ini.

Ini kerana, Anwar masih terikat dengan perundangan yang menyebabkan dirinya hilang hak memegang jawatan awam selama lima tahun dari tempoh pembebasannya.

Kit Siang seterusnya berkata, atas sebab-sebab itu maka Anwar hanya boleh menjadi perdana menteri kelapan.

Bagaimanapun Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul  membidas kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu dengan mengatakan Anwar masih boleh menjadi perdana menteri ketujuh kerana beliau berdepan dengan proses perundangan yang 'abnormal'.

Mengulas tentang polemik tersebut, Aidit berkata PH sepatutnya lebih matang dengan membicarakan peluang untuk menang di dalam PRU14 berbanding calon perdana menteri.

"Amatlah tidak matang untuk bicara tentang siapa jadi PM sebelum mereka ini dapat mencapai majoriti yang secukupnya untuk menjadi sebuah parti pemerintah.

"Kerana mana mungkin kita boleh terima tahap kematangan sebuah parti dan tokoh-tokoh yang bicara jadi PM sedangkan mereka tidak bicara pun peluang mereka untuk menang dalam PRU-14," katanya lagi.

Anwar pada 10 Februari 2015 lalu dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, sembilan tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana