Pertikaian dalam keluarga PM Singapura meletup kepada umum…

Siapa sangka dalam diam rupanya ada hal yang membara dan tidak beres dalam keluarga Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Pergaduhan dalaman keluarga pemimpin negara jiran itu meletup kepada umum bila Rabu dua adiknya telah mengeluarkan kenyataan enam muka mengecamnya.

Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling ( gambar atas berbaju hitam sebelah Lee Hsien Loong) dalam kenyataan itu kata mereka sudah hilang kepercayaan pada abang sulung mereka.

Dakwa mereka Lee Hsien Loong sudah berubah hala sejak kematian bapa mereka mendiang Lee Kuan Yew pada Mac 2015.

Juga dakwa mereka abang mereka itu dan isterinya,Ho Ching ada rancangan untuk melepaskan legasi politik kepada anak lelaki mereka.

Mereka turut dakwa Ho Ching ada main pengaruh dalam pentabiran kerajaan.

Sebaliknya kata mereka ibu mereka dulu tidak pernah mencampuri urusan pentabiran negara.

Sementara itu Lee Hsien Loong yang kini sedang bercuti di luar negara…dalam reaksi segera nafi dakwaan dua adiknya itu beliau dan isterinya ada rancangan hendak mewariskan kepimpinan Singapura kepada anak mereka.

Katanya perbezaan pendapat mereka sekeluarga tidak sepatutnya dibawa keluar.

Pertikaian mereka juga melibatkan soal rumah mendiang bapanya mereka di 38 Oxley Road.

Dua adiknya dakwa pesan mendiang Lee Kuan Yew rumah itu dirobohkan setelah beliau tiada tetapi Lee Hsien Loong tidak mahu laksana pesanan itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG:

I am very disappointed that my siblings have chosen to issue a statement publicising private family matters. I am deeply saddened by the unfortunate allegations that they have made. Ho Ching and I deny these allegations, especially the absurd claim that I have political ambitions for my son.

While siblings may have differences, I believe that any such differences should stay in the family. Since my father’s passing in March 2015, as the eldest son I have tried my best to resolve the issues among us within the family, out of respect for our parents.

My siblings’ statement has hurt our father’s legacy.

I will do my utmost to continue to do right by my parents. At the same time, I will continue serving Singaporeans honestly and to the best of my ability. In particular that means upholding meritocracy, which is a fundamental value of our society.

As my siblings know, I am presently overseas on leave with my family. I will consider this matter further after I return this weekend. – LHL 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana