Perlu kajian telus ukur populariti Tun M sebagai calon PM - Penganalisis

SHAH ALAM: Sungguhpun ramai beranggapan Tun Dr Mahathir Mohamad layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (PH), namun kaji selidik  merupakan cara terbaik bagi mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap beliau.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpendapat, kajian secara telus perlu dilakukan bagi 'menjawab' segala kenyataan dan cadangan yang telah dibuat berhubung penamaan mantan perdana menteri itu untuk jawatan berkenaan.

"Seharusnya mereka perlu buat kajian kaji selidik setakat mana popular atau tidak popular Tun Mahathir. Barulah boleh dikatakan, buat kaji selidiklah adakah mereka boleh terus maju. Kalau cakap-cakap begitu sahaja, berbentuk provokasi sebenarnya itu.

"Jadi seharusnya, mereka yang menyatakan itu mestilah buat kajian dahulu. Lihat dahulu sejauh mana sokongan rakyat.  Seharusnya ada kajian yang dibuat sejauh mana Tun Dr Mahathir ini masih popular.

"Saya rasa realiti itu yang paling baik. Dalam kajian yang dipanggil politik ekologi ini seharusnya dibuat oleh setiap parti politik. Kalau tidak, setakat kenyataan sahajalah," katanya kepada Antarapos hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) minggu lalu pernah menyatakan bersedia untuk mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri sekiranya ia dipersetujui oleh PH.

Namun ujarnya, buat masa ini beliau tidak bersetuju untuk jawatan berkenaan sebaliknya bersedia  menjadi penasihat kepada perdana menteri jika PH berjaya menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pendirian beliau itu disiarkan menerusi siaran langung Facebook pada minggu lalu.

Bagaimanapun kelmarin, Dr Mahathir sekali lagi menyatakan kesediaannya menjadi perdana menteri, ketika ditemubual oleh media antarabangsa, Nikkei Asian Review.

Bagaimanapun ujarnya, jawatan itu hanya akan dipegangnya dalam jangka masa pendek dan mesti mendapat persetujuan, terutama rakan-rakan di dalam PH.

Dalam perkembangan terbaru, semalam, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, isu mengenai calon perdana menteri bagi PH lebih molek dibincangkan secara tertutup.

Menurut Muhyiddin, beliau bimbang sekiranya dibincangkan secara terbuka, ia akan memberi kekeliruan dan salah faham kepada rakyat.

Pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, PPBM dan Amanah itu sehingga kini masih belum memuktamadkan calon yang bakal diangkat menjadi perdana menteri.

Hanya PKR yang konsisten menamakan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana