Perghhhhh!!!!! Anak-Anak Mahathir Ada Sampai 488 Buah Syarikat?

Dengar cerita, kekayaan yang dimiliki oleh anak Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani, Mirzan, Datuk Seri Mukhriz dan Datin Paduka Marina melibatkan pemilikan dengan kira-kira 488 syarikat dan itu adalah satu jumlah yang banyak.

Hasil laporan dari Exco Armada PPBM, Abd Wahazir Abd Wahabi, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti kekayaan mereka untuk melihat sama ada wujud perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sebelum disiasat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihak agensi itu perlu meneliti maklumat berhubung perkara itu yang disifatkan kekayaan luar biasa yang dimiliki mereka.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu tersebut namun beliau enggan mengulas mengenai perinciannya.

“Kita perlu melihat perkara itu terlebih dahulu. Jika kita dapati benar wujud kesalahan rasuah dan salah guna kuasa baru siasatan akan dijalankan untuk tindakan selanjutnya.

“Selebihnya, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.

Abd Wahazir telah menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki oleh keempat-empat anak bekas Perdana Menteri itu kepada pihak SPRM untuk diteliti.

Syarikat-syarikat itu sehingga kini masih beroperasi dan mereka ada kaitan menerima tender-tender kerajaan.

Dalam pada itu, Abd Wahazir serta rakan-rakannya juga dikatakan telah berjumpa dengan Mahathir sendiri beberapa bulan lalu namun beliau menafikan perkara tersebut. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana