Perangai jelik gelandangan....Bila sudah Lebih Jadi Macam Ini Plak

Kuala Lumpur: Membazir dan kotor. Itulah keadaan jijik di sekitar dataran bersebelahan Masjid Negara, di sini, apabila puluhan bungkusan makanan dan nasi disumbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan gelandangan sebagai juadah berbuka serta sahur dibuang berteraburan di merata tempat.

Keadaan itu dipercayai akibat terlalu ramai pihak menyalurkan sumbangan makanan menyebabkan berlaku pembaziran.

Malah golongan gelandangan yang tidur di kawasan dataran berhampiran masjid itu setiap malam turut membuang pelbagai sampah hingga mencacatkan pemandangan di kawasan tumpuan umat Islam beribadat.

Sumber Masjid Negara berkata, kebanjiran gelandangan di dataran itu untuk menumpang tidur berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, kehadiran NGO yang sering memberi bantuan turut menjadikan lokasi itu tumpuan ramai gelandang pelbagai peringkat usia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana