Penyakit Ketagih Berbohong Rafizi Sudah Sampai Ke Tahap Kronik – Dr Najmil

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris menasihati ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar segera mengubati ketagihannya yang suka berbohong kepada rakyat memandangkan penyakit suka berbohong ahli parlimen Pandan itu beliau sifatkan kini berada di tahap yang kronik dan perlu segera diubati.

Menurut Dr Najmil, jika Rafizi tidak segera berubat memulihkan ketagihannya yang gemar menipu itu, beliau bimbang lebih ramai lagi ahli-ahli politik, ahli perniagaan malah rakan seperjuangannya dalam pakatan pembangkang yang bakal menjadi mangsa pembohongannya.

“Hari ini boleh kita katakan, kalau sebut nama Rafizi, secara otomatik kita akan teringat kepada segala pembohongan yang telah beliau lakukan. Sikap suka berbohong dan memfitnah sudah begitu sinonim dengan Rafizi.

“Sikap Rafizi itu menggambarkan seolah-olah beliau sedang mengidap Mythomania, iaitu satu sindrom yang mendorong seseorang itu untuk berbohong secara berterusan”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya memberi contoh dalam beberapa isu sebagai contohnya isu Tabung Haji mahu bankrap,  Rafizi tanpa segan silu berbohong kepada rakyat kononnya Tabung Haji mahu bankrap.

Pembohongan Rafizi ini jelasnya lagi telah menyebabkan sebilangan kecil rakyat yang terpedaya dengan kata-katanya bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka, menyebabkan mereka kehilangan giliran haji.

“Lebih dahsyat lagi, sikap suka berbohong Rafizi ini tidak hanya tertumpu kepada pemimpin UMNO dan kerajaan sahaja, bahkan ahli-ahli politik daripada pakatan pembangkang sendiri turut menjadi mangsa pebohongannya. Jatuhnya Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor juga adalah hasil daripada pembohongan Rafizi dalam episod Langkah Kajang.

“Bahkan baru-baru ini, beliau secara sedar atau pun tidak, sekali lagi berbohong kepada rakyat di negara ini dengan memfitnah seorang ahli perniagaan wanita, kononya terlibat sebagai pelobi presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph untuk kerajaan Malaysia.

“Jadi saya fikir, sudah sampai masanya untuk beliau berusaha mengubati penyakit ketagihan suka berbohong   yang ada pada dirinya sebelum ianya menjadi lebih kronik demi kebaikan semua rakyat di negara ini,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, sindrom Mythomania ini juga turut akan membuatkan pengidapnya sentiasa merasakan dirinya lebih baik dari orang lain serta suka membesar-besarkan sesuatu perkara itu.

“Sebab itu saya nasihatkan beliau agar pergi pulihkan dirinya daripada sindrom ini. Sepanjang beliau berpolitik, kita boleh lihat bagaimana beliau sentiasa merasakan dirinya betul dalam semua perkara, malah apabila melakukan pembohongan dan fitnah, seolah-olah tidak timbul langsung rasa kesal dalam dirinya apabila perbuatannya itu telah mendatangkan kesusahan kepada orang yang beliau fitnah itu.

“Mungkin pada kali pertama beliau berbohong, ada sebahagian rakyat di negara kita percaya dengan kata-katanya. Tetapi apabila sudah acap kali melakukan pembohongan, maka rakyat di negara ini bukanlah rakyat yang bodoh dan tidak dapat menilai sesuatu fakta itu, sama ada ianya benar atau tidak.

“Jadi saya sekali lagi menasihati Rafizi, cukup-cukuplah berbohong. Rakyat di negara ini bukanlah bodoh untuk ditipu berkali-kali. Jika tidak mampu untuk berhenti berbohong, maka pergilah berubat atau berjumpa dengan pakar kaunseling agar penyakitnya yang suka berbohong dan membuat fitnah secara semberono itu dapat segera diubati,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana