Penstrukturan semula MAS tunjuk hasil positif – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa puas hati dengan hasil positif ditunjukkan oleh Malaysia Airlines (MAS), menyatakan proses penstrukturan semula berjalan lancar.

“Berpuas hati bahawa penstrukturan semula berjalan lancar, menunjukkan hasil positif. Pasukan memang wajar mendapat bayaran ex-gratia. Teruskan usaha cemerlang anda,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun.

Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.

Pelan penstrukturan semula itu mula dilaksanakan pada 2014.- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana