PENGALAMAN BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI

Berbuka puasa bersama DS Najib semalam memberi saya peluang yang cukup luas terbentang untuk memberitahu pandangan2 saya kepada DS Najib.

Kerusi saya diletakkan bersebelahan dengan beliau. DS Najib tiba lebih kurang jam 7.10 petang dan terus duduk bersama saya dan rakan2 di meja VIP.

Perdana Menteri kelihatan bertenaga dan bersemangat walau berpuasa. Saya bertanya kepada beliau apakah beliau datang ke sini dari Putrajaya dan beliau memaklumkan beliau menghadiri 3 program lain sebelum program bersama kami.

Beliau ketawa dan berkata, “Hari ini KL public holiday. PM tak ada public holiday.”

Itulah PM kita yang bekerja setiap hari tanpa penat dan lelah demi negara dan rakyat.

Sebelum berbuka, Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan ringkas. Amat terkejut saya apabila di dalam ucapan beliau selama 5 minit tersebut, beliau menyebut khusus nama saya dan memuji usaha2 saya menyebarkan polisi dan dasar2 kerajaan di facebook. Beliau memandang tepat kepada saya ketika menyebut nama saya menandakan beliau mengenali saya.

Saya tidak sangka penulisan saya selama ini ada yang mendapat perhatian dari beliau.

Teringat saya ketika merawat beliau ketika beliau admit di Hospital Kuala Lumpur hampir 7 tahun lepas. Ketika itu saya belum menjadi Pakar.

DS Najib dimasukkan ke wad utk rawatan rapi dan yang menjaga beliau adalah DS Rosmah.

Sepanjang PM sakit, DS Rosmah langsung tidak meninggalkan sisi PM. Hatta jam 4 pagi ketika saya oncall pun, beliau masih berjaga di sisi PM.

Saya pun menceritakan kepada DS Najib tentang kisah ini ketika kami berbuka.
Perdana Menteri nyata terkejut kerana beliau tidak perasan pun pada ketika itu siapa yang merawat beliau kerana sakit kuat. Sempat pula beliau mengucapkan terima kasih kepada saya, “Thank you doc.”

Saya berasa lucu kerana ia adalah ucapan terima kasih utk sesuatu yang berlaku 7 tahun yang lepas. Namun PM merasakan belum terlewat utk beliau mengucapkannya.

Kemudian kami berborak tentang beberapa perkara lain dan saya memberikan pandangan2 saya.

Saya ada memberitahu PM tentang perkhidmatan2 kepakaran yang belum ada di Hospital Melaka dan beliau mengambil maklum. Ada beberapa perkara lain yang kami perbualkan namun ia saya kira adalah merupakan perkara sulit dan tidak boleh didedahkan. Namun memadailah saya katakan bahawa Perdana Menteri kita tahu siapa rakan dan siapa musuhnya. 😊
Saya memancing beliau bercakap ttg MRT Fasa 2 dan beliau cukup teruja bercakap tentang pembangunan2 negara yang sedang rancak berlaku dan akan dijalankan. Beliau kelihatan cukup asyik bercakap tentang perkara ini.

Kami menjamu selera sambil berbicara sambil DS Najib melayan dengan adil semua yang berada di meja VIP tersebut.
Ketika hendak bergerak ke dewan solat, Perdana Menteri disertai oleh DS Rosmah Mansor.

Saya diperkenalkan oleh DS Najib kepada DS Rosmah, “Sayang…this is Dr Rahman. He is an Emergency and Trauma Specialist. Dia doktor di HKL masa i sakit dulu.”

DS Rosmah tersenyum dan menyapa saya. Lalu saya katakan kepada beliau, “Datin Sri…i was with you at 4 am in the ward. You did not sleep at all.”

DS Rosmah ketawa dan terus berkata kepada DS Najib, “Darling…you tengok ni. The doctor is my witness. I jaga you all the time.”

DS Najib hanya tersenyum lebar sambil berkata,” Iya lah…iya lah….”

Suasana ketika itu sangat mesra dengan hanya ada saya, DS Najib, DS Rosmah, seorang pegawai dan beberapa pengawal peribadi mereka.

Saya solat di sebelah Perdana Menteri di dewan solat utama. Sepatutnya Perdana Menteri menyertai kami untuk Solat Isya berjemaah dan juga solat tarawikh, namun beliau terpaksa bergegas pulang ke rumah ibunya. Rupa2nya Tun Rahah mahukan Perdana Menteri pulang ke rumah kerana hari sebelumnya adalah hari lahir beliau.

Perdana Menteri seorang anak yang taat dan soleh telah mengutamakan kehendak bondanya setelah meluangkan masa untuk kami.

Saya mengiringi Perdana Menteri dan isteri pulang dan sepanjang perjalanan kali ini kami berbual mesra.

DS Rosmah sempat bertanya tentang skop tugas saya. Beliau seorang yang amat penyayang, mesra dan kelakar sebenarnya. Beliau bergurau senda bersama saya dengan beberapa pertanyaan medical yang melibatkan tugas harian saya sambil disertai oleh DS Najib.

Sesampai di kereta, Perdana Menteri bersalaman dengan semua dan akhirnya dengan saya. Beliau berkata sambil menggengam erat tangan saya ,”Good job doc. Keep up your good work” sebelum masuk ke dalam kereta rasmi.

DS Rosmah pula melambai kepada saya sambil berkata, “Bye bye Trauma Specialist.”
Kemudian mereka berlalu pergi.

Sesungguhnya ia pengalaman yang cukup mengujakan bagi diri saya kerana saya dapat mengenali Perdana Menteri dan isteri secara up, close and personal.

Pasangan ini difitnah dan dimaki hamun saban hari oleh pembangkang dan cai namun pada hakikatnya mereka begitu down to earth dan penyayang terhadap rakyat.

*Dr Abdul Rahman Kadir adalah seorang doktor pakar di Hospital Melaka dan sering menulis mengenai polisi negara di Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana