PENDAPATAN KWSP CATAT LONJALAN, PEMBANGKANG SEKALI LAGI MALU SENDIRI – SHARKAR

Sekali lagi gagal dan terus dimalukan. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada pembangkang apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM11.79 bi­lion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2017, peningkatan 73.9 peratus berbanding RM6.78 bilion pada suku sama tahun lalu.

Ini kerana sebelum ini pembangkang telah beberapa kali cuba menyerang institusi yang menguruskan simpanan wang rakyat dengan tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas seperti kerugian dana, wang hilang dan sebagainya.

Mengulas perkara tersebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pembangkang sebenarnya sekali lagi malu besar apabila tuduhan atau dakwaan liar yang mereka lemparkan selama ini sama ada mengenai ekonomi negara mahu pun institusi yang menguruskan wang rakyat ternyata jauh tersasar.

Beliau seterusnya yakin permainan politik fitnah dan putar belit yang menjadi amalan pembangkang ini akhirnya akan memakan diri mereka sendiri.

“Kita bercakap soal fakta dan kebenaran tetapi pembangkang yang muflis modal politik akan bergantung kepada dakwaan liar dan putar belit. Namun dari sudut ekonomi negara mahu pun institusi kewangan apatah lagi institusi yang diamanahkan menjaga wang rakyat, pembangkang sukar untuk mempertahankan pembohongan mereka kerana ia membabitkan fakta angka.

“Sebab itu kalau kita tengok pembangkang cuba menjaja kononnya negara kita bangkrap, wang kita tak laku, pelabur sudah hilang kepercayaan dan pelbagai lagi namun hakikatnya dari sudut rekod fakta dan angka ternyata pembangkang gagal dalam pembohongan serta putar belit mereka,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM11.79 bi­lion untuk suku pertama ber­ak­hir 31 Mac 2017, peningkatan 73.9 peratus berbanding RM6.78 bi­lion pada suku sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, kedua-dua pasaran domestik dan global menunjukkan peningkatan ketara berbanding suku tahun pertama tahun lepas.

Katanya, keadaan pasaran yang positif itu memudahkan aktiviti pengambilan untung yang mendorong kepada pendapatan pelaburan kasar yang lebih tinggi pada suku pertama 2017 dan rugi terjejas bersih yang lebih rendah.

Sharkar yang juga Exco Kerajaan Pahang seterusnya mengajak rakyat agar membuat pertimbangan dan penilaian sebaik mungkin serta menjadikan apa yang berlaku hari ini sebagai contoh terbaik untuk menilai parti pembangkang.

Katanya mereka hanya gemar membuat andaian dan tidak berpaksikan kepada fakta yang benar sebaliknya cuba membuat andaian tersendiri.

“KWSP ini menjadi contoh terdekat…kita dengar macam-macam sebelum ini namun agensi tersebut membuktikan segala-galanya dan ini sebenarnya memalukan pembangkang itu sendiri,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana