PEMIMPIN PEMBANGKANG SYOK SENDIRI NAK JADI PM

Tindakan parti pembangkang sanggup bermesyuarat untuk melantik “Perdana Menteri’ dianggap syok sendiri dan tidak masuk akal sehingga ada yang mencalonkan diri sendiri untuk menduduki jawatan itu.

Pembangkang kini dalam keadaan kecelaruan termasuk soal pelantikan Perdana Menteri sehingga ada yang menawar diri untuk berada pada kedudukan itu. Dalam sistem demokrasi berparlimen memang ramai orang ingin menjadi Perdana Menteri sedangkan tiada sesiapa mempunyai hak untuk menawar diri sendiri menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir menawarkan diri untuk jadi Perdana Menteri seterusnya walaupun belum pasti Pakatan Pembangkang akan menang dalam pilihanraya akan datang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata yang dia tarik diri daripada calon Perdana Menteri, jadi rakyat juga mahu dengar kata putus mereka siapa yang akan dilantik.

Tetapi sehingga ke hari ini, puak pembangkang ini masih bertegang urat mengenai calon perdana menteri. Ini kerana masing-masing sudah mempunyai calon yang ‘terbaik’ untuk dicalonkan tetapi tidak memuaskan hati dan pilihan para pembangkang.

Dalam hal ini, rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri' sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.

Secara logiknya, tiada siapa yang berhak menjadi perdana menteri melainkan melalui proses pilihan raya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang banyak memenangi kerusi yang layak membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment