Pelik…Jarang Dr Mahathir terus membisu

Kalau dikira dari tarikh 25 Mei Tun Dr Mahathir Mohamad tulis di laman blognya che det mengambarkan beliau menangis sedih atas penjualan 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton) kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) dari China…kini sudah seminggu berlalu.

Pelik sikit sejak itu bekas Perdana Menteri itu menyepi bab ini.Apakah ini setelah timbul pendedahan rupanya beliau sendiri pernah ke China pada 2014 untuk ajak Geenly jadi rakan kongsi Proton?

Mengenali stail Dr Mahathir selalunya beliau tidak tunggu lama untuk jawab.Kalau tidak ditanya oleh wartawan,paling tidak beliau bila-bila masa boleh tulis di laman blognya.

Ini terbukti bila beliau terus tulis di laman blognya mengulas berita penjualan saham Proton kepada Geely sehari selepas kedua pihak tandatangani perjanjian.

Siapa yang rajin pasang telinga tentu dengar kisah Dr Mahathir meluahkan rasa sedih dengan penjualan saham Proton kepada Geely yang diselubungi pendedahan kisah tahun 2014 beliau cuba pujuk Geely masih lagi jadi gosip politik yang terus hangat di pasaran.

Apa yang berlaku boleh diibaratkan seolah beliau terjun dalam lubang yang digalinya sendiri.Kata orang ini kesilapan bab malu cukup besar.

Sebagai orang yang mempopularkan cogankata ‘Melayu mudah lupa’ ramai yang bertanya bagaimana bekas Perdana Menteri itu boleh lupa yang beliau sendiri pernah ke China untuk jumpa Geely.

Perjanjian antara Proton dengan Geely adalah sama seperti apa yang dihajatkannya waktu itu.

Soalnya sekarang apa tujuan nak tunjuk sedih dan menangis atas bab itu?

Kejadian ini telah menghangatkan lagi cakap-cakap bahawa hentaman dan kritikan beliau yang tidak henti-henti terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih bersifat emosi.

Semua orang tahu sejarah Proton yang sepatutnya menjadi pengibar bendera Malaysia dalam arina industri berat.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Proton sudah pasti Dr Mahathir tahu berapa banyak kerajaan terpaksa terus menerus curahkan wang untuk tampung entiti kereta nasional itu.Jawabnya berbillion ringgit.

Tidak tahulah samaada Dr Mahathir merasa sedih atau menangis mengenangkan kegagalan-kegagalan lain yang dicipta pada era pentabiran beliau.

Apa yang orang selalu bercakap ialah pasal hancurnya Perwaja.

Satu lagi yang mungkin tidak ramai ingat ialah Malaysia Electronic Corporation (MEC)  di kawasan seluas 3,000 ekar di Gambang,Pahang untuk keluarkan barangan letrik jenama tempatan.

Bagaimana pula tentang isu saham MAS?

Memang panjang cerita kalau nak sebut.

Namun dengar cerita ramai yang cukup mengidam nak dengar komentar terbaru Dr Mahathir pasal Geely.

Kenapa tahun 2014 cuba nak pujuk Geely jadi rakan kongsi tetapi sekarang bila dah berjaya dan menjadi nak menangis pula.

Apakah kerana kejayaan itu dicapai zaman pentabiran Najib?

Atau mungkinkah kerana pendedahan kisah 2014 yang tidak diduga itu.

Ia dikira satu kisah klasik ala-Melayu mudah lupa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana