PAN dan PPBM berebut siapa nak jadi MB Kedah pulak...

Hampir setiap minggu orang Kedah disajikan dengan propaganda politik yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal merampas kerajaan negeri ini dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Meskipun begitu, ramai juga orang Kedah yang mempertikai dan bertanyakan tentang siapakah gerangan yang bakal menjadi Menteri Besar sekiranya benar bagai didakwa.

Apakah Menteri Besar Kedah itu benar-benar dari PPBM, atau jawatan itu akan diberikan kepada Parti Amanah Negara (PAN), PKR atau DAP untuk mengemudi negeri ini.

Tidak dinafikan, nama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Azimi Daim antara yang disebut bakal menjadi calon Menteri Besar ekoran pengalaman beliau membantu bekas majikannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Spekulasi itu juga dibuat berdasarkan andaian yang mengatakan Mukhriz lebih berminat untuk menjadi Menteri kanan, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri di peringkat pusat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mendominasi PRU ke-14.

Namun begitu, Pakatan Harapan juga dilihat cenderung untuk tidak memilih Menteri Besar dari PPBM berdasarkan kesepakatan mereka yang didominasi DAP yang dilihat lebih mengutamakan PAN dan PKR berbanding PPBM.

Apatah lagi kemelut calon Perdana Menteri yang masih menjadi pertikaian di dalam Pakatan Harapan, berkemungkinan besar PPBM akan terus dilayan seperti "junior" berbanding PKR dan PAN yang lebih senior.

Antara yang disebut bakal menjadi Menteri Besar adalah dua bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi dan Pengerusi PAN Kedah.

Malah, dikatakan Phahrolrazi yang dulu merupakan Exco kanan di zaman pentadbiran Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dijangka lebih "favorite" untuk dilantik ke jawatan tersebut berbanding Dr Ismail atau Mukhriz, berdasarkan kematangannya berpolitik.

Selain itu, PAN juga dilihat lebih kukuh dan stabil berbanding PPBM yang kini berantakan dan huru-hara akibat krisis dalaman yang dijangka mampu meranapkan parti baru itu.

Namun begitu, tidak kurangnya juga calon-calon baru dari PKR yang mungkin akan disokong DAP untuk mengemudi Kedah, sebagai "nafas baru" yang dijangka mampu membawa kelainan di negeri ini.

Lagipun, berdasarkan prestasi PPBM yang kian malap dan tindakan ramai ahlinya yang bertindak keluar parti mampu membuat pemimpinnya "menangis terkejut" dengan insiden tidak diduga seperti yang berlaku baru-baru ini.

Para penganalisis politik juga berpandangan bahawa PPBM agak sukar untuk "cari makan" di negeri Kedah memandangkan mereka dikatakan tidak mampu untuk menandingi PAS yang menjadi parti alternatif pilihan selepas BN.

Kata mereka, sekiranya PAN dan PKR pun tidak dapat ditandingi PPBM, bagaimana pula parti itu hendak menandingi PAS yang kini diserang kepimpinan PPBM dan Pakatan Harapan hampir setiap minggu.

Justeru itu, ramai yang berfikir secara realistik berpandangan bahawa amat sukar untuk Pakatan Harapan untuk menguasai Kedah berbanding PAS dan BN.

Namun begitu, kedua parti berkenaan diharap tidak mengambil mudah ancaman Pakatan Harapan kerana gabungan pembangkang itu mampu "meracuni" pemikiran rakyat sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana