PAN DAN DAP BERSEKONGKOL LULUSKAN PERJUDIAN SIBER DI PULAU PINANG?

Pas mendesak ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN) menjelaskan usaha yang diambil mereka dalam mengekang aktiviti perjudian di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, ahli majlis PAN itu perlu tampil menjelaskan usaha mereka memandangkan pusat judi siber di negeri ini semakin bercambah.

Jelasnya, sejak Pas tidak lagi menjadi ahli majlis dalam PBT kerana bercerai dengan DAP pada 2014, peranan Pas itu diambil wakil PAN yang beragama Islam.

Sejak itu juga, dakwa beliau, pusat-pusat judi siber semakin bertambah dan perkara tersebut dibuktikan menerusi kejayaan polis menggempur lebih 200 premis berkenaan sepanjang enam bulan tahun ini.

“Mana ahli majlis beragama Islam daripada PAN dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)? Apa yang anda buat?

“Mangsa pusat-pusat judi ini adalah orang Melayu dan Islam, tidakkah Jabatan Perlesenan MBPP prihatin dengan isu judi siber ini?” katanya menerusi status terbaharu laman sosial Facebooknya.

Menurut Iszuree, Pas ketika masih bekerjasama dengan DAP pada 2012 mengambil langkah proaktif membanteras aktiviti judi siber itu antaranya dengan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis negeri ketika itu dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya masalah tersebut ditangani segera.

Malah, kata beliau, menerusi suara Pas juga, akta undang-undang kecil yang membolehkan pusat judi siber tanpa lesen disita berjaya diluluskan pada 2013.

Hasilnya, jelas beliau, Pas berjaya mengadakan kerjasama dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); jabatan hal ehwal Islam dan MBPP dalam menggempur pusat operasi perjudian.

Tambah beliau, antaranya kejayaan daripada usaha Pas itu adalah dua buah premis judi siber haram di Sungai Pinang dan Jelutong berjaya digempur dan disita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana