PAKATAN KEKALKAN “HARAPAN” PADA LOGO RASMI WALAU DIBANTAH ORANG SABAH...HABIS MACAM MANA NAK JADI KERAJAAN?

Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengambil keputusan untuk mengumumkan logo rasminya pada Jumaat depan dengan mengekalkan perkataaan “Harapan” bagi parti-parti pembangkang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Sebelum ini, PH menerima kecaman orang ramai apabila tiga logo ‘hodoh’ cadangan PH itu dimuat naik dalam laman FB.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, logo rasmi pakatan pembangkang itu mengekalkan perkataan “Harapan” dengan sedikit perubahan.

“Semua parti yang bergabung telah bersetuju untuk menggunakan logo tersebut,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, parti politik di Sabah menggesa agar Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenar parti lain menggunakan perkataan ‘Harapan’ kerana perkataan itu sudah diguna pada parti mereka.

Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.

Mengenai calon Perdana Menteri bagi PH jika menang PRU 14, bekas Perdana Menteri itu menyatakan mereka tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat itu.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata Pakatan Harapan menjangka akan memberi kata putus berkenaan pembahagian kerusi PRU Ke-14 pada Julai depan.

Mesyuarat majlis parti-parti pembangkang itu dilaporkan turut membincangkan mengenai manifesto, pembahagian kerusi, logo dan semua perkara berkaitan PRU-14.

Sebelum ini, PAS yang tidak lagi bersama pakatan pembangkang membayangkan parti-parti dalam PH akan menghadapi masalah besar dalam mengagihkan kerusi DUN dan Parlimen.

Contoh awal, PKR baru-baru ini memberi ingatan bahawa semua 30 kerusi Parlimen yang dimenangi dan kerusi PKR yang kalah dengan jumlah undi kecil pada PRU13 lalu tidak akan diserah kepada parti lain yang menjadi rakan komponen PH.

Ramai yang membayangkan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan pada PRU akan datang.

Di pihak PAS pula, parti itu akan mengambil balik semua kerusi tradisinya yang diserahkan kepada sekutunya semasa parti itu berada dalam pakatan rakyat dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana