PAKATAN HARAPAN HANCUR BILA PERMUSUHAN ANWAR DENGAN MAHATHIR BERDARAH KEMBALI

Pakatan Harapan telah menangguhkan pendaftaran mereka dengan ROS. Organisasi belum selesai. Logo belum siap. Calon PM pun tidak capai kata sepakat.

Wan Azizah berkata pada 22 Jun 2017, bahawa Pakatan Harapan tidak akan didaftar dalam masa terdekat ini kerana tiada konsensus di antara empat parti itu.

“Terpulang pada kitalah, sesiapa yang mendapat majoriti akan menjadi PM. Kita menang dahulu kemudian baru bercakap siapa akan jadi PM” kata Wan Azizah. Ayat ini sebenarnya hendak menyindir parti Mahathir yang hanya ada satu kerusi sekarang, tetapi berlagak hendak jadi ketua dalam PH.

Pakatan Harapan akan terus jadi lintang pukang macam sekarang. Tiada ketua, tiada logo, tiada organisasi, tiada warna yang sama kerana permusuhan Anwar & Mahathir berdarah kembali. Pakatan Harapan kini sudah jadi Pakatan Hancur.

Kenapa kehancuran ini berlaku? Kerana kedua duanya “gila kuasa” hendak jadi PM. Wan Azizah mahu jadi “PM Sementara” untuk diserah pada Anwar. Mahathir juga mahu jadi “PM Sementara” untuk diserah jawatan itu kepada Mukhriz.

Mereka berjumpa tahun lepas di mahkamah, berbaik sekejap sahaja. Dendam dan luka lama kini berdarah kembali. Semuanya kerana berebut jawatan calon Perdana Menteri.

‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]. Puisi ini pernah dikongsikan oleh Anwar Ibrahim melalui ‘Warkah Dari Penjara’ bagi menegur sebilangan pemimpin pembangkang tentang penglibatan Mahathir dan Deklarasi Rakyat pada tahun lepas.

Warkah itu terbit di saat Kit Siang memegang kuat tangan Mahathir dan mereka bersama sama angkat tangan untuk kempen “Selamatkan Malaysia” menerusi Deklarasi Rakyat. Anwar risau tengok cara Mahathir memaafkan bapa rasis DAP.

Anwar sifatkan Deklarasi Rakyat Mahathir sebagai ada agenda tersendiri dan tidak selari dengan perjuangan reformasinya. “Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Mahathir. Ia cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi” tulis Anwar dalam warkahnya.

“Berhati hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya” kata Anwar kepada Mahathir. Memang benarlah batu penghalang Anwar adalah Mahathir, musuh sampai mati Mahathir juga adalah Anwar.

Bila Mahathir buat parti sendiri pada September 2016, sekali lagi Mahathir buat Anwar sakit kepala di penjara bila mencadangkan Pakatan Harapan kena tiru BN, ada logo dan nama yang sama. Anwar tidak setuju cadangan Mahathir itu.

Anwar lebih suka pakatan yang longgar macam sekarang. Lebih senang hendak menipu dan kencing antara satu sama lain. Serta jalin hubungan songsang sesama parti seperti di Selangor.

Bila Mahathir dua kali sebut hendak jadi PM semula pada bulan Jun ini, Anwar mula gelisah dari dalam penjara. Anwar seolah “fed up” dengan sikap diktator Mahathir. Akhirnya Anwar tarik diri sebagai calon Perdana Menteri.

Mahathir dedah pekung mesyuarat sulit Pakatan Harapan pada Channel NewsAsia pada 20 Jun 2017. Mahathir mendedahkan PKR bimbang dan tidak percaya padanya dalam mesyuarat. “Mereka rasa saya mahu rampas parti” kata Mahathir.

Dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang pertama dengan Mahathir, Wan Azizah tidak hadir dan memberi alasan sakit. Mat Sabu yang pengerusikan mesyuarat. Rupanya Wan Azizah gunakan alasan itu untuk berjumpa selama 45 minit dengan Anwar. Wan Azizah masih tidak boleh menerima kehadiran Mahathir. Luka reformasi masih ada.

Apa yang membuat parut lama berdarah balik ialah bila Mahathir enggan mengangkat plakad bertulis “Anwar PM ke-7” pada 21 Mei 2017. Mukhriz selepas itu balun Anwar dalam media mengatakan bukan hak PKR tentukan calon PM.

Seminggu selepas itu, Mahathir pula tampil beritahu bahawa dia juga mahu jadi PM ke-7. Ini yang menambah garam pada luka yang masih berdarah. Kit Siang cuba jadi orang tengah dengan mencadangkan semua orang tutup mulut mengenai calon PM pada 18 Jun lepas.

Hari yang sama, DAP keluar senarai kabinet bayangan mereka yang diimaginasi oleh Zaid Ibrahim. Cadangan Kit Siang dan kabinet bayangan Zaid tidak mampu hentikan pendarahan dalaman Mahathir dan Anwar.

Luka itu lebih parah dan bernanah, bila Wan Azizah mengalu ngalukan penubuhan RCI Skandal Forex untuk menyiasat kehilang RM40 billion di zaman Mahathir. Khalid Samad pula yang berada di sebelah Wan Azizah semalam dalam satu sidang media menyatakan keputusan RCI Forex boleh jejaskan kedudukan Mahathir.

Bermakna Khalid Samad membayangkan bahawa Mahathir boleh dihumban ke lokap kerana RCI Forex ini. Anwar dan Kit Siang adalah saksi utama. Mereka berdua belum mendedahkan kesemuanya lagi. Boleh jadi kalau Anwar dan Kit Siang berpakat, Mahathir boleh masuk ke dalam.

Hanya kerana berebut jawatan PM, apa sahaja boleh dilakukan. Tidak mustahil kekacauan yang berlaku dalam Armada PPBM sekarang juga adalah kerana tangan Anwar.

Mahathir sudah kena “game” dengan Anwar. Satu dunia sudah tahu sekarang Daim dan Mahathir bayar DoJ, media asing dan Clinton Foundation sejumlah RM50 juta untuk jatuhkan Najib. Bila bergaduh, semua perkara ditelanjang dan dilondeh asalkan musuh dapat dijatuhkan. Inilah prinsip Machiavelli bagi Anwar dan juga Mahathir. Keduanya sama sahaja.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment