Pakaian Mendatang ‘Berahi’, Rara DAP Digelar Pelacur

Pada hari ini, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman mengecam netizen yang menganggunya dengan komen-komen berbaur lucah dan kesat.Ini selepas anggota Majlis Perbandaran Kajang yang lebih dikenali sebagai Rara itu memuat naik video klip di Facebook mengenai lawatannya ke Bazar Ramadan Cheras, Ahad lalu.
Rara berkata beliau menyiarkan video itu untuk menunjukkan penerimaan penduduk di Cheras yang melayaninya dengan baik, berbanding anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Bagaimanapun, Rara berkata sebahagian netizen memilih untuk memberikan komen lucah terhadapnya, sementara ada yang menuduhnya mengkhianati Melayu dengan menyertai DAP.

Rara memuat naik cetakan skrin pada komen berkenaan di Twitter yang menggelarnya sebagai “pelacur Melayu” dan “iblis”.
Ahli politik berusia 28 tahun itu mengatakan beliau sudah biasa menerima komen berbaur lucah dan negatif daripada netizen, tetapi menyangka ia tidak akan berlaku semasa bulan Ramadan.

“Isu seperti sexual harassment, rogol dan sebagainya harus diambil berat. Ahli politik wanita paling kerap menerima gangguan seksual dan ugutan rogol dan lain-lain. Perkara seperti ini amat menyedihkan kerana mentaliti yang sangat rendah pada masyarakat hari ini” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru supaya wanita Malaysia bersuara dalam isu ini bagi menghalang kejadian yang sama berlaku dan membantu mangsa gangguan seksual lain.

Hakikatnya, Sefura tidak berhak untuk untuk marah kerana beliau sendiri tidak menjaga cara berpakaian yang telah dianjurkan dalam Islam. Memang benar, beliau telah memakai baju kurung dan bertudung.

Namun, baju kurung yang dipakainya mendedahkan bentuk badannya dan tudung yang dipakai juga tidak menutup bahagian dada. Jadi disini, kita dapat lihat cara pemakai beliau sebenarnya yang mengundang pekara negatif sebegini. Jika tidak suka pekara sebegini terjadi, jaga dan perbaikilah cara pemakaian anda.

Sementara itu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan Bandar Kluang ketika mengedarkan kurma kepada para pengunjung di situ pada Sabtu lepas. Dan ini adalah kali kedua Liew dihalau dari bazar yang sama, dan kali pertama berlaku pada tahun 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana