Otai Reformis terbuka Tun M ketuai PH...Dulu Bukan Main Lagi Hina dan Kecam Madey Diatas Jalan Raya

Inilah dipanggil Hipokrit berpolitik....NGO inilah yang merosakkan jalanan diseluruh suatu ketika dahulu gara gara Penjarakan ANWAR sehingga setiap minggu ada Demo jalanan.Kini angkat Madey sebagai Ketuai PH...Kan giler nama tu.

NGO pro-pembangkang, Otai Reformis terbuka jika Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai peneraju gabungan berkenaan.

Pengerusinya, Saari Sungi berkata, sikap kompromi itu dilakukan atas dasar solidariti untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

Pendirian terbaru itu dilihat berbeza berbanding pendekatan sebelum ini, yang mana NGO itu pernah meletakkan beberapa syarat untuk mereka menyokong penidiran PH yang mahu bekerjasama dengan mantan perdana menteri itu.

"Terserahlah untuk dibincangkan dan didebat masing-masing oleh komponen parti itu, majlis tertinggi, PPBM dan Amanah berbincanglah. Jika mereka bersetuju boleh terimalah di atas alasan-alasan yang baik, kalau tidak boleh, kita harap PKR keluarkan pandangan dari kawan-kawan yang lain.

"Saya mengamalkan spektrum pandangan yang akhirnya majoriti akan menerima sekiranya keputusan telah dibuat, tetapi kita pun tidak tahu apa yang akan jadi, mungkin di peringkat parti pun masih ada yang tidak tahu tentang DAP dan Amanah punya pendirian,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

ADUN Hulu Kelang itu menambah, keakraban hubungan di dalam NGO tersebut membolehkan ahli-ahlinya itu untuk akur kepada keputusan yang bakal dibuat.

"Kita ini macam saudara, Reformis ini dia walau gaduh satu sama lain, dia bila cakap nak jatuhkan BN dia akan bersatu balik, maknanya dia akan bercantum semula bersama misi-misi itu, itulah kelebihan reformis.

"Jadi memang kita kena buktikan yang reformis ini menunjukkan solidariti persaudaraan untuk menumbangkan BN," ujar beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada pihak di dalam gerakan itu yang tidak akan bersetuju sekiranya PH memutuskan untuk mengangkat Dr Mahathir sebagai Pengerusi gabungan tersebut.

"Dalam spektrum pemikiran, penerimaan dan penolakan terhadap Tun Mahathir ada pelbagailah, ada menerima selaras dengan hujah-hujah yang dibuat oleh Pakatan Harapan.

"Ada yang menerima atas dasar seiring membantu Pakatan Harapan dan ada yang tolak kerana masalah pandangan peribadi tentang Tun Mahathir diatas pengalaman silam dan sebagainya.

Terdahulu menerusi laporan portal The Malaysian Insight, PKR didakwa bersetuju untuk melantik Dr Mahathir sebagai Penasihat PH, bertujuan menjadikan gabungan itu lebih kukuh dan stabil untuk memenangi Pilhan Raya Umum ke-14 kelak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dinamakan sebagai Penasihat bagi gabungan tersebut, lapor portal itu.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden PH akan diisi oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bagaimanapun menafikan laporan portal berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana