Nizar ulas krisis dalaman PPBM Perak...Cakap Semuanya MOlek Belaka

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohamed Nizar Jamaluddin menganggap krisis dalaman yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai perkara kecil dan tidak menjejaskan gerak kerja Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU ke-14 nanti.

Sambil menyifatkan isu itu sebagai `kocakan dalam cawan kopi’ beliau optimis PAN dengan kerjasama DAP, PKR dan PPBM mampu meneruskan gerak kerjanya dengan lancar dengan matlamat untuk menumbangkan UMNO dan BN.

"Konflik PPBM Perak baru baru ini.... dia mungkin  ada menjejaskan parti itu dan kita merasakan  itu perkara kecil `kocakan dalam cawan kopi’ barangkali tapi dalam gerak kerja Pakatan Harapan ia berjalan berterusan.

"Ia tidak menjejaskan Pakatan Harapan sebab kita memang sudah ada pangalaman  dengan Pakatan Rakyat dahulu…jadi kalau ada kocakan sikit sekadar dalam pinggan mangkuk sahajalah tidak ada  tidak lebih dari itu,"katanya.

Terdahulu Nizar hadir bersama Pemuda PAN yang membuat laporan polis berhubung isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menghentikan pengedaran salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Rabu.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi, Nizar yang juga mantan Menteri Besar Perak berkata, soal kerusi itu akan dapat dimuktamad dalam masa yang terdekat ini.

"Soal kerusi insyaallah kita akan dapat muktamad dalam masa yang terdekat ini dan ia tidak menjadi masalah bagi kerusi DUN dan Parlimen kita akan agihkan mengikut kemampuan kita…keberangkalian menang yang akan mewakili Pakatan Harapan." Kata Nizar.

Mengenai aduan polis yang dibuat menerusi Pemuda PAN, katanya PAN Perak mengesa satu siasatan dibuat sama ada wujud salahguna kuasa mana-mana pihak yang mendorong kepada tindakan SPR memberhentikan edaran RDPT ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana