NGO Desak DOJ Umumkan Nama Bank Terlibat Dalam Saman Sivil

Sebarang transaksi melibatkan wang dan pembelian barang-barang kemas serta wang tunai dengan jumlah besar pasti melibatkan bank-bank tertentu dengan dokumen transaksi yang lengkap sebagai rekod berlakunya urusan berkenaan.

Oleh itu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mahu jika Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) benar-benar ada bukti dalam keterangan saman sivil terbaru berkaitan transaksi berkenaan, mereka perlu menyenaraikan semua bank yang terlibat.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, sudah pasti banyak bank akan digunakan untuk melengkapkan transaksi berkenaan.

“DOJ perlu umumkan senarai bank yang terlibat dalam penggubalan wang haram dan bekukan transaksi semua bank yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata tindakan DOJ tidak menyenaraikan laluan transaksi di antara bank menunjukkan ada sesuatu yang tidak lengkap di dalam saman mereka untuk menyita beberapa aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mustahil wang berkenaan diberikan begitu sahaja dalam transaksi berkenaan kerana ia melibatkan jutaan Dolar Amerika tanpa melibatkan urusan dengan bank bagi melengkapkan transaksi berkenaan.

“Senaraikan semua nama bank-bank itu dalam dokumen saman sivil dan jalankan siasatan dengan segera menyelesaikan dakwaan yang ada,” katanya.

Ramesh turut menarik perhatian kepada kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan kegagalan pihak DOJ memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia berkenaan dakwaan terbaru ini.

“Kami melahirkan kekecewaan kerana sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak dimaklumkan oleh DOJ tentang tindakan ini,” kata Mohamed Apandi.

Menurut Ramesh, ini juga menunjukkan pihak DOJ tidak mahu terlibat dalam apa-apa kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara negara ini biarpun ia melibatkan isu rentas sempadan.

“Pihak berkuasa Malaysia sudah bersedia untuk memberikan kerjasama jika siasatan yang dilakukan adalah sah pihak berkuasa mana-mana negara asalkan bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana