Ng Sue Lim tidak terkejut Jamal Yunos mahu jadi MB Selangor....Apa Salahnya Jamal Layak Pun

SHAH ALAM: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim tidak terkejut dengan hasrat Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebagaimana yang didedahkan oleh perbualan 'Group Whatsapp' yang kini ditularkan.

Malah Ng juga tidak hairan jika Jamal menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang disandangnya kini bagi membolehkan cita-cita Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tercapai.

Justeru Ng berkata dakwaannya sebelum ini bahawa Jamal akan membawa pengundi hantu masuk ke DUN Sekinchan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, adalah berasas.

"Saya maklum hal ini dan di Sekinchan pun Jamal sudah membuat perancangan awal sejak setahun lalu dengan membawa ramai pengundi hantu dari luar kawasan.

Sasaran Jamal adalah 5,000 pengundi luar, khususnya Melayu ke Sekinchan bagi mempengaruhi keputusan undian dan komposisi di Sekinchan.

"Jamal minta MCA beri laluan kerusi Sekinchan kepada Unmo untuk bertanding pada PRU14. Kemungkinan Jamal akan bertanding melawan saya," katanya ketika dihubungi.

Suee Lim berkata Jamal sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan cita-citanya untuk menang di kawasan itu tercapai.

Malah strategi lain juga akan disusun Jamal bagi membolehkan kemenangannya kelak boleh menaikkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ura-ura perbualan Whatsapp itu ada asasnya. Jamal bukan sahaja hendak bertanding dan menang di Sekinchan tetapi beliau juga berhasrat untuk menjadi MB Selangor. Bermakna beliau lebih hebat dan mengenepikan Tan Sri Noh Omar (Pengerusi BN Selangor).

"Saya yakin rakyat Selangor yang cerdik akan tahu siapakah sebenarnya Jamal dan perwatakannya sebagai seorang yang mempunyai reputasi dan imej yang buruk kemudian mahu menjadi MB," tegasnya lagi.

Dalam perbualan 'Group Whatsapp' yang dinamakan Gerakan Merah itu, Jamal menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan (PH) tewas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Dalam perbualan itu juga, Jamal berkata akan melantik Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo sebagai salah seorang Exco kanannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana