NEGERI KRISTIAN – PAS ANGGAP MELAYU DAP TAK ADA HARGA DIRI DAN LEMAH AKIDAH

Pandangan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika negeri Pulau Pinang menjadi bandar Kristian kini menjadi hangat diperkatakan dan dikecam hebat dari pelbagai pihak.

Ariffin mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.

Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.”

Susulan itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendedahkan apa yang didakwanya mengenai kewujudan sikap orang Islam yang sanggup menukar aqidah mereka dengan wang dan pangkat.

Meskipun tanpa menamakan mana-mana individu, Nasrudin dipercayai merujuk kepada laporan oleh blog yang memetik pandangan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP tersebut.

Dalam pada yang sama, pemimpin parti PAS itu menegaskan, usaha sesetengah pihak untuk menyebar, tubuhkan negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

“Malang, ada muslim gamak pertahan. Mereka hilang sensitiviti. Tiada harga diri. Aqidah ditukar dengan wang dan pangkat.

“Islam agama Persekutuan. Ia dimuktamadkan oleh Perlembagaan negara. Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dalam mana-mana bahagian Persekutuan secara aman.

“Namun untuk sebar malah tubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara,” kata Nasrudin dalam laman Facebook milik beliau.

Nasruddin menyifatkan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Kristian adalah isyarat jelas gerakan Kristianisasi yang lebih radikal melalui gerakan Evangelis Kristian sedang giat beroperasi.

“Menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Kristian dengan hasrat mahu meminda Perlembagaan negeri adalah isyarat jelas bahawa gerakan Kristianisasi bahkan lebih radikal melalui gerakan Evangelis Kristian sedang giat beroperasi.

“Bangkitlah ummah,” seru Nasrudin.

Sebelum ini, DAP juga didakwa memperjuang agenda Kristian apabila Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu DAP memberi reaksinya berhubung sebuah buku hasil tulisan Iain Buchanan bertajuk ‘Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia’.

Mohd Zuhdi mendakwa buku Buchanan, yang diterbitkan pada tahun 2015, menyebut dengan jelas tentang pembabitan pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh.

“Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil ‘Dominionism: Lesson from Penang’, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

“Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. Pusat Penyelidikan PAS melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan ‘dominionism’ adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab,” kata Mohd Zuhdi lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana