Negara Timur Tengah Putus Hubungan Dengan Qatar....Habis NEgara Islam Diteluk Bertelagah Satu satu

PETALING JAYA: Negara-negara Teluk yang diketuai Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar pada Isnin.

Arab Saudi yang memulakan penyingkiran itu dengan mengumumkan ia memutuskan hubungan diplomatik dengan semua laluan darat, air dan udara dengan Qatar.
Ia berkata, langkah itu perlu untuk melindungi kerajaan dari apa yang disifatkan sebagai keganasan dan ekstremisme.

Reuters memetik sumber rasmi berkata, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dan konsular dengan Qatar untuk “meneruskan pelaksanaan hak kedaulatan yang dijamin undang-undang antarabangsa dan melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan kumpulan pelampau”.

Arab Saudi turut menggesa semua negara sekutu supaya melakukan perkara yang sama terhadap Qatar.

Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengikut jejak langkah itu.
Agensi berita Mesir melaporkan bahawa negara itu mendakwa Qatar menyokong organisasi “pengganas” termasuk Ikhwan Muslimin. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment