MUKHRIZ ‘HALAU’ MEREKA YANG TAK SEHALUAN DARI PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan menghalang mana-mana ahlinya mencari wadah perjuangan baru sekiranya mereka sudah tidak lagi senada dengan asas perjuangan parti tersebut.

Itu maklum balas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketika mengulas perkembangan terbaru parti itu yang menyaksikan sekitar 1,000 ahli termasuk pemimpin PPBM di Perak mengisytiharkan untuk keluar parti, minggu lalu, lapor AntaraPos.

“Kita tidak boleh halang, nak jadi ahli pun tiada paksaan dan nak meninggalkan parti pun tiada paksaan, jadi kita tak halang sesiapa pun untuk buat keputusan macam tu.

“Saya setuju dengan apa yang Tun Mahathir katakan sebelum ini, mana-mana pihak yang tidak sama dengan perjuangan PPBM tu, dia boleh buat keputusan untuk cari wadah perjuangan yang lain,” katanya.

Sehubungan itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenai perkembangan di Perak, Mukhriz bagaimanapun menyifatkan angka 1,000 ahli yang didakwa keluar parti sebagai ‘kurang tepat’.

“Saya tak pasti 1,000 tu, setakat ini mereka kata saja 1,000 tetapi kita tak nampak pun dari mana datangnya angka 1,000 ahli yang keluar tu,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan seramai 1,000 ahli serta pemimpin PPBM Perak keluar parti, ekoran rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih memburukkan keadaan, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudiannya menggesa Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman untuk meletakkan jawatan kerana mendakwa pemimpin wanita itu bertanggungjawab dalam isu perpecahan di Perak.

Kelantangan Syed Saddiq itu kemudian dibidas Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat merangkap bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyifatkan pemimpin muda itu sebagai ‘budak hingusan’ dan ‘biadap’.

Bertindak balas terhadap kritikan Khairuddin, Syed Saddiq kemudian tampil mencabar mana-mana pihak yang menggelarkannya ‘budak hingusan’ untuk berdebat.

Khairuddin bagaimanapun enggan menyahut cabaran tersebut dengan menganggap Syed Saddiq tidak ‘setaraf’ dengan beliau.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertikaman lidah di antara dua pemimpin itu, Mukhriz yang juga mantan Menteri Besar Kedah bagaimanapun memilih untuk tidak memanjangkan perkara tersebut.

“Saya ingat tak mengapalah, itu soal dalaman parti, saya fikir saya tak perlu komen lebih daripada yang dah dibincangkan dalam media sekarang setelah Syed Saddiq keluarkan kenyataan,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana