Muhyiddin terima hakikat... pembangkang tidak kuat...Nak Sangat Ikut MAdey Tu...Akhirnya Tutup Lah Politiknya

Sudah terang lagi bersuluh... walaupun pahit tapi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sedar parti dan Pakatan Harapan tidaklah sekuat seperti dijangkakan sebelum ini.

Seolah-olah menyesali dengan keputusan tidak lagi bersama-sama dengan UMNO, beliau berkata “bukan senang berdepan dengan UMNO yang saya dulu pernah sertai selama 40 tahun.”

Supaya pembangkang menerima kenyataan agar tidak keciwa kemudian hari, Muhyiddin mengingatkan;

“Partinya dan parti-parti  dalam gabungan Pakatan Harapan  terpaksa berdepan tentangan luar biasa dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke14 nanti”.

Untuk itu, beliau berkata PPBM telah bersetuju membentuk kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh PH.

``Pastinya jalan yang akan kita tempoh bukan mudah kerana yang kita hadapi ialah sebuah kerajaan yang sudah sekian lama saya berada di sana dalam tempoh hampir lebih 40 tahun.

"Untuk menghadapi  situasi sebegitu bukan mudah eloklah kita awal –awal lagi menerima hakikat bahawa kita akan hadapi satu tentangan yang luar biasa walaupun bilakah pilihan raya akan diadakan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Moh Buka Puasa anjura PPBM Perak di Jalan Penganjur, Kampung Manjoi, Ipoh pada Rabu. Hadir sama Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengerusi DAP Perak, Ng Kor Ming.

Dalam ucapan itu, beliau turut mendakwa BN dijangka menyalurkan peruntukan bagi membeli sokongan rakyat termasuk bagi kawasan Parlimen mahupun DUN pada pilihan raya nanti.

"Saya dengar ada bertan-tan... bertimbun-timbun barangan yang akan diedarkan ke rumah-rumah ke seluruh Negara dimana sahaja ada pengundi disitu akan mereka edarkan," katanya.

Muhyiddin mendakwa  semua ini dilakukan kerana pemimpin BN kini cukup tertekan.

"Kita  tahu mereka sudah cukup tertekan... mereka tahu popularity mereka sudah menjunam jatuh... tak pernah berlaku dalam sejarah kita seorang perdana menteri mempunyai tahap popularity yang cukup rendah hari ini dikatakan tak sampai 25 peratus.

"Rakyat  yang mengatakan Najib ialah Perdana Menteri  tiga suku rakyat Malaysia tidak lagi mengiktiraf Najib sebagai Perdana Menteri jadi hakikat ini mereka tahu dan disebabkan situasi yang begitu tertekan mereka akan guna apa yang ada... kuasa yang ada disalahgunakan, wang ringgit menjadi pertaruhan kerana mereka telah mengamalkan satu tahap rasuah yang begitu berleluasa,’’dakwanya.

Sementara itu semasa bercakap kepada pemberita, Muhyiddin berkata, PPBM  optimis menembusi kubu kuat BN yang di kawasan majoriti pengundi  Melayu di Perak  pada PRU ke 14 nanti.

"Di Perak sudah terbukti segi sejarah BN Perak pernah tumbang kepada pembangkang... tapi lepas pilihanraya BN menang balik tapi majoriti amat kecil  dan saya jangka situasi sekarang sudah  berubah  dimana kawasan yang dulu kita kalah BN menang kita ada peluang untuk tembusi dengan kerjasama parti lain dalam Pakatan Harapan,"katanya

Katanya, Pakatan Harapan terpaksa menerima hakikat walaupun PAS tidak lagi bekerja dengan Pakatan Harapan namun itu tidak membantutkan usaha dan perjuangan Pakatan Harapan untuk menentang BN.

"Kami bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja walaupu Pas tak bekerjasama dengan  kita parti lain bersama dengan kita, peluang dan ruang itu masih ada untuk kita walaupun terpaksa hadapi pertandingan tiga penujuru sekalipun tapi kita kena kerja kuat,’’ katanya.

Ditanya tentang agihan kerusi, beliau berkata, perkara itu tidak boleh diumumkan kerana ia masih diperingkat proses permulaan perbincangan dengan parti-parti dalam PH.

"Kita diperingakt parti  dengan parti lain dalam pakatan harapan telah pun kenalpasti kawasan yang kita akan tandingi baik parlimen atau dun seluruh negara.

“Kita sudah mulakan proses perundingan dengan beberapa parti lain supaya kita dapat  mencapai kata sepakat untuk  menentukan tidak ada pertindihan dari segi pertandingan di kawasan- kawasan yang akan ditandingi oleh PPBM atau lain parti dalam pakatan harapan,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana