MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler

Sudah ada ahli parlimen Pakatan Harapan yang berani bersuara 'meluat' tengok politik berteraskan personaliti atau politik peribadi dalam gabungan setahun jagung tersebut.

Ini berikutan ura-ura pertembungan antara kumpulan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri gabungan tersebut.

 menyeru pimpinan Pakatan Harapan supaya mengurangkan amalan politik personaliti (politik peribadi).

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen menyeru pimpinan Pakatan Harapan supaya mengurangkan amalan politik personaliti dan memberi tumpuan kepada politik yang berteraskan polisi.

Katanya, rata-rata pengundi di Malaysia kurang mengambil peduli siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, tetapi mengambil berat tentang pengagihan kekayaan untuk mereka.

“Pakatan Harapan seharusnya berterusan menambah baik situasi dan polisi membina di negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Rata-rata pengundi Malaysia bukanlah tertumpu pada isu penggantian Perdana Menteri atau kabinet baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan pembangkang sedang berkecamuk mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika parti terbesar kaum Melayu UMNO berjaya ditumbangkan dalam PRU akan datang.

Pakatan pembangkang dibarisi oleh DAP, PKR serta Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PKR sebelum ini memaklumkan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Anwar dibebaskan dari penjara.

Sebilangan penyokong DAP pula didakwa mahu Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Desas-desus tentang rundingan belakang PKR dan DAP itu semakin ketara apabila risalah mengenai draf Kabinet Pakatan Harapan tersebar dalam perhimpunan PKR baru-baru ini.

Draf itu menyaksikan Wan Azizah selaku Perdana Menteri, manakala Guan Eng bakal mencatat sejarah menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama bukan Melayu, namun dinafikan PKR.

Mahathir baru-baru ini turut menawarkan diri menjadi Perdana Menteri tetapi dibantah oleh Anwar.

Penyokong PAN turut tidak ketinggalan apabila sebilangan mereka difahamkan sedang berusaha menggangkat Presidennya, Mohamad Sabu menjadi calon Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana