Mengapa Usaha Jatuhkan Najib Oleh Mahathir Gagal Dan Tidak Seperti Sebelumnya?

Dalam bola sepak tiada pasukan boleh menang kalau hanya bertahan tanpa menyerang. Untuk menang perlu sumbat gol, untuk sumbat gol perlu naik keatas atur serangan.

Dalam permainan Mahathir melawan Najib , Kejutan berlaku apabila Najib menang tanpa menyerang langsung , hanya bertahan dan duduk diam.

Cara Najib bermain buatkan Mahathir bertambah marah dari hari kehari. Dalam keadaan marah Mahathir dilihat tersasul banyak , lepas satu , satu. Angkanya berubah2, tajuknya berubah2 dan matlamatnya banyak kali berubah menjadikan keraguan diatas kejujuran Mahathir dipertikaikan oleh sebahagian besar penyokong UMNO.

Dari hanya mahu jatuhkan Najib bukan jatuhkan parti, sekarang sudah jadi jatuhkan semua sekali, Najib, parti dan negara…
Baru baru ini Mahathir nafikan penglibatan sipolan dan sipolan itu buat itu dan ini. Hari ini dia mengaku ye… memang orang bertiga itu berkomplot untuk jatuhkan Najib. Pengakuan yang canggih sepanjang zaman.

Walau pun Najib menang tanpa menyerang namun kesilapan Mahathir sendiri adalah penyebab mengapa beliau tewas. Mahathir mengunakan cara yang sama sewaktu menyerang Pak Lah.

Mahathir lihat Najib seperti dia lihat Pak Lah,
Mahathir banyak bercakap, Mahathir bertempik dulu sebelum menyerang. Ini menjadikan Najib dapat mengelak dengan mudah..

Kesilapan Mahathir pada awalnya beliau terlaku yakin dapat jatuhkan Najib dengan mudah. Mahathir anggap Najib dan Pak Lah adalah sama.

Manakala hulubalang Mahathir tidak banyak membantu.

Mereka seronok berkira tentang jawatan masing masing selepas Najib tumbang. Moidin berkira kira jadi Perdana Menteri, Mukhriz Menteri kewangan manakala Shafei Timbalan Perdana Menteri.

Seni politik anak Tun Razak ini cukup tinggi manakala hulubalang Mahathir suka berangan dan memandang rendah.

Selepas mengenali musuh musuhnya serta kekuatan yang dimiliki. Najib dalam senyum saja bertindak dan musuh musuhnya mengelupur. Najib tidak guna banyak peluru seperti Mahathir.

Muhyiden, Mukriz dan Shafie tersungkur.

Dalam waktu yg sama simpati ahli UMNO turut Najib miliki.

Hebatkan..?

Manakala peguam Negara Gani Patael yang ditamatkan kontrak selaku peguam negara diam tanpa sungutan. Tanpa tindakan saman atau tuntutan ganti rugi atas penamatan kontraknya lebih awal. Gani diam, menikus tanpa komplain.

Gani tahu menentang Najib ketika ini bererti kesalahannya akan dipanjangkan dan beliau bakal meringkuk dipenjara dalam waktu cukup lama kerana berkomplot untuk jatuhkan Perdana Menteri.

Draf pendakwaan keatas Perdana Menteri sudah disiapkan dan macam mana boleh disiarkankan oleh WSJ..?

Satu isu bunuh diri.

Atas sebab sebab itulah Gani Patail diam tanpa tuntutan apa apa apabila kontraknya lebih awal ditamatkan.. Gani tahu kesabaran PM cukup tinggi . Itu pun jika dia diam dan tidak timbulkan masaalah apa apa terhadap Najib atau pun partinya…

Budak suruhan Mahathir si Khairuddin Botox kini sebelah kaki sudah didalam penjara. Khairuddin berdepan penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Mahathir hanya memerhatikan dan tidak mampu melakukan apa apa melihat orangnya satu persatu tersungkur.

Membunuh 2 ekor burung dengan satu batu adalah klasik, membunuh 5 ekor burung dengan satu batu adalah epik..

Najib melakukan perkara paling epik dengan skor kini 10 – 0. Dengan hanya satu batu Najib membunuh kesemua hulubalang yang Tun ada..
Manakala Tun tidak henti henti merengek bagai kanak kanak kehilangan Lolipop

Karektor Mahathir yang suka bertempik sebelum menyerang sebelum ini sudah berubah sakan. Mungkin menyedari beliau sudah kehilangan peluang dan segala gala.. Senjatanya tumpul dan tidak lagi mampu mencederakan Najib. Mahathir mempertaruhkan satu satunya yg beliau miliki iaitu maruah, ego dan harga diri…

Dalam keadaan terdesak Mahathir tidak mempedulikan maruahnya. Mahathir sanggup menyembah Lim Kit Siang, Mahathir sanggup menunggu seterunya selama 18 tahun di Mahkamah hanya semata mata mengharapkan Anwar membantunya

Malah Mahathir dijaja seperti besi buruk oleh pembangkang yang mahu mengunakan Mahathir untuk, memecah belahkan UMNO.

Tetapi pembangkang tidak mahu memberikan Mahathir peluang kerana Mahathir mahu anaknya jadi perdana Menteri manakala Pembangkang ada calonnya sendiri. Mereka memancing didalam kolam yang sama dengan Mahathir….

Mereka tidak mahu ikan yang ada terpaksa berkongsi ramai tetapi mereka mahu mengunakan Mahathir..

Mahathir telah tewas berkali kali ditangan Najib. Namun melihat pembangkang mengunakan Mahathir untuk mencapai matlamat mereka, itu cukup memilukan hati penulis.

Kepada anak anak Mahathir, rakan rakan, sahabat beliau. Pujuk pujuklah Mahathir kerana beliau telah kalah dan akan terus tewas. Manakala senjata Najib semakin banyak dan kian canggih..

Berhentilah menyerang Mahathir, kibarkan bendera putih ketika rasa hormat pemimpin UMNO terhadap beliau masih ada.
Namun semua itu ada hadnya…..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana